in

Belanjawan 2023: Kerajaan Bentang Bajet Terbesar Dengan Peruntukan Sebanyak RM372.3 Bilion

Collage 18

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz kini sedang membentangkan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat.


Untuk pengetahuan korang, ini merupakan belanjawan terakhir untuk parlimen ke-14 dan dijangkakan mempunyai banyak faedah memandangkan pilihanraya yang bakal dibuat mungkin tak lama lagi.

Dengan tema ‘Keluarga Malaysia, Makmur Bersama’, Belanjawan 2023 ini akan mendukung tiga paksi utama iaitu memperkukuh pemulihan, membina daya tahan dan memacu pembaharuan.

Belanjawan kali ini merupakan bajet terbesar yang diumumkan oleh kerajaan dengan peruntukan sebanyak RM372.3 bilion meningkat dari RM332.1 bilion perancangan asal.

Antara tiga penerima terbesar Belanjawan 2023 ini adalah Kementerian Kewangan dengan peruntukan sebanyak RM67.2 bilion, Kementerian Pendidikan sebanyak RM55.6 bilion dan Kementerian Kesihatan sebanyak RM36.1 bilion.

Sementara itu, Kementerian Kesihatan akan menerima peruntukan tertinggi untuk bekalan dan perkhidmatan (35 peratus), terutamanya untuk perolehan bekalan perubatan dan perkhidmatan profesional serta pembaikan dan penyelenggaraan.

Subsidi dan bantuan sosial diunjurkan berjumlah RM42 bilion, terutamanya untuk subsidi bahan api dan berkaitan pertanian; wang tunai dan bantuan kebajikan; pampasan tol; serta bantuan berkaitan pendidikan.

Subsidi bahan api dianggarkan menurun dengan jangkaan harga minyak mentah global yang lebih rendah pada 2023, dengan purata AS$90 setong, serta sejajar dengan langkah beransur-ansur ke arah subsidi yang disasarkan dalam memastikan kecekapan ekonomi dan pengagihan sumber yang saksama.

Selain itu, kerajaan akan terus menyediakan bantuan Bantuan Keluarga Malaysia bagi meringankan beban kewangan golongan berpendapatan rendah.

Belajawan selanjutnya menyusul.

 

Baca: Bajet 2023 Dibentang 4 Petang Ini, Pertemuan Dengan Agong Tiada Kaitan Pembubaran Parlimen

Tengku Zafrul Bentang Bajet 2023 Tak Jadi Bubar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.