in

Penjawat Awam Ditemui Mati Dengan Tangan, Kaki Diikat Tepi Katil

Bunuh Ikat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Allahu! Siapa yang kejam sangat ni?

Semalam, seorang penjawat awam telah ditemui mati dipercayai dibunuh dalam keadaan hanya berkain sarung dengan kaki dan tangannya diikat di tepi katil di dalam rumah sewanya di Jalan Tiong Hua, Sibu, lapor Kosmo.


Image
sumber: kosmo

Mayat mangsa, Nurnia Azalea Priscilla Edward, 26, ditemui oleh rakan sekerjanya yang pergi ke rumah berkenaan pada jam tiga petang selepas dihubungi oleh suami mangsa, Mohd Zakaria, 29, yang gagal menghubunginya pada malam kejadian.

Mohd Zakaria yang bekerja sebagai kerani di sebuah sekolah di Tatau, Bintulu berkahwin dengan mangsa pada November tahun lalu.

T
sumber: facebook

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Stanley Jonathan Ringgit berkata rakan-rakan Nurnia yang panik menjumpai mayatnya segera menghubungi pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

“Berdasarkan maklumat rakannya, mangsa merupakan seorang penjawat awam dan bekerja di di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Sibu.”

Menurut Sinar Harian, dalam perkembangan baru, pihak polis sedang mencari seorang lelaki yang dipercayai boleh membantu menyelesaikan kes pembunuhan Nurnia.

Lelaki tersebut dikenali sebagai Philip Uja, awal 40-an yang berasal dari daerah yang sama dengan mangsa iaitu Kanowit dan mereka dikatakan saling mengenali namun polis masih belum dapat gambaran jelas mengenai hubungan mereka.

Re
sumber: the star

“Siasatan awal mendapati lelaki itu dilihat berada di kawasan rumah di mana mangsa menyewa pada malam sebelum mangsa dijumpai mati petang semalam.”

Walau bagaimanapun, rakan-rakan Nurnia memberitahu mangsa pernah menyatakan lelaki itu pernah berjumpa dengannya.

Kata Stanley lagi, jiran mangsa yang tinggal di tingkat atas rumah sewa tersebut ada terdengar satu jeritan wanita pada lebih kurang pukul 8 malam tetapi tidak mengesyaki sesuatu perkara buruk berlaku. Penyewa bilik bersebelahan difahamkan keluar bekerja pada masa tersebut.

Capture 1
sumber: utusan borneo

Stanley turut menjelaskan bahawa mangsa juga dijumpai dalam keadaan tertiarap dan mukanya ditutup dengan tudung dan tersembam ke lantai, namun, menolak andaian sesetengah pihak yang mengatakan mangsa telah diseksa dan dirogol.

“Tiada tanda-tanda kecederaan yang nyata pada mangsa yang mungkin menjadi punca kematiannya. Kami masih menunggu ahli patalogi dari Kuching datang untuk menjalankan bedah siasat ke atas mangsa.”

Selain itu, beliau turut memberitahu tiada kesan umpilan pada pintu bilik sewa mangsa dan tiada kesan barangnya diselongkar ataupun hilang.

H 1
sumber: facebook

Beliau meminta orang ramai supaya menghubungi Balai Polis Sentral Sibu di talian 084-336144 atau mana-mana balai polis berdekatan sekiranya mempunyai sebarang maklumat ataupun mengetahui keberadaan lelaki tersebut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Takziah kepada keluarga mangsa.

Baca: 5 Kes Pembunuhan Yang Masih Menjadi Misteri Sehingga Kini

Bun

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.