in

Peniaga Tak Puas Hati Sambal Khairul Aming Laris, Lelaki Didakwa ‘Rakan’ Tampil Bagi Respon

Ft Peniaga Complain Sambal Khairulaming Laku

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ramai sedia maklum bahawa perniagaan sambal daripada Khairul Aming kini memang tengah laku keras sekarang ini, tak sampai sejam, semua unit habis dijual.


Namun begitu, timbul pula satu perkara yang kurang enak apabila ada pihak dikatakan ‘mengeluh’ dengan hasil kejayaannya.

 

“Artis jual sambal je, ramai cari “

Menerusi satu perkongsian di Twitter yang telah meraih lebih daripada 8,000 jumlah retweets, ada satu peniaga ini mengeluh apabila melihat sambal Khairul Aming laku keras, berdasarkan perkongsian itu, peniaga itu dikatakan menjual produk yang sama.

Peniaga tersebut juga dikatakan mempersoalkan kredibiliti sebagai sorang ‘artis’ dalam menjual produk makanan sementara orang biasa sepertinya bila jual produk tak ada dapat sambutan. Keluhan itu telah mengundang kemarahan orang ramai.

Peniaga Complain Sambal Khairulaming Laku 1

Terpanggil dengan kenyataan itu, individu yang dikatakan rakan kepada Khairul Aming tampil beri respon.

Menurut individu yang lebih dikenali sebagai Fadhilat, dia enggan memberi komen mengenai keluhan peniaga itu, namun ada perkara yang dia ingin cuba sampaikan.

“Nasihat saya. Belajar lah buat business dgn betul. Business ni bukan mcm, harini aku start, harini terus jadi. Bukan mcm tu. Business ni is a process. Kalau tak pandai, boleh belajar. “

Tambahnya lagi, seandainya malas, seseorang peniaga itu patut ambil inisiatif untuk jadi lebih rajin bukan hanya harapkan durian runtuh dan jalan pintas kerana setiap kejayaan memerlukan usaha.

Untuk rekod, Khairul Aming sebelum ini pernah ceritakan onak duri yang dia lalui, menurutnya, dia pernah hampir putus asa kerana terlalu banyak perkara yang dikorbankan termasuklah wang simpanannya.

Katanya, pada waktu itu, macam-macam pernah berlaku antaranya, bekas pecah, sambal jadi tak elok dan macam-macam aduan lagi dariapda pelanggan.

Disebabkan itu, dia mula menaikkan namanya (seperti yang kita kenal sekarang, famous dengan video masakan) sebelum memulakan produk sambal miliknya.

Kisah jatuh bangun perniagaannya ni dikongsikan lepas ada netizen mula persoalkan dia tukar label. Untuk tahu kisah selanjutnya, boleh baca dekat artikel bawah ni.

 

Baca : “Aku clueless time tu sbb dh habis duit savings” – Khairul Aming Kongsi Jatuh Bangun Perniagaan Lepas Ada Netizen Sindir Tukar Label

Kaaaa

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.