Rasanya tak perlu nak dipekenalkan lagi siapa itu Khairul Aming, terkenal di Instagram dengan video-video masakan yang boleh buat orang kecur air liur sambil berceloteh sehingga membuatkan orang terhibur.
Caranya itu boleh dikatakan jadi satu fenomena sehingga ramai instafamous masakan mengikut gayanya. Lebih dahsyat lagi apabila dia melancarkan perniagaan sambal dan ianya laris apabila kesemua 10,000 botol habis dijual dalam masa kurang dari sejam!
Kita nampak kejayaannya, namun siapa sangka sebenarnya ada cabaran besar yang Khairul Aming pernah lalui beberapa tahun dahulu sebelum sampai ke tahap sekarang. Sampai saving dah tak ada.
Tukar label & rebranding je ke”
Khairul Aming terdetik untuk kongsikan kisahnya ini selepas ada netizen menyindir dengan menunjukkan perniagaan lamanya.
Individu tersebut mendakwa bahawa Khairul Aming sudah mulakan perniagaan sambal ini beberapa tahun dahulu.
Bagaimanapun tweet itu telah pun dipadamkan selepas Khairul Aming sendiri tampil bagi respon dan mengaku memang itu adalah sambal miliknya, dalam masa yang sama dia kongsikan liku-liku yang dilalui dalam menjayakan perniagaan ini.
Thread itu telah meraih sekitar 15.3K retweets dalam masa 22 jam ia dikongsikan.
Iyaaa. i’m the owner of this sambal since 2017 – Khairul Aming
Katanya sebelum namanya naik, dia dah mulakan perniagaan ini di FB tapi tak laku, terpaksa buang staff dan lebih menyedihkan lagi wang simpannya ‘hangus’ begitu sahaja.
Pada mulanya semua sambal itu habis dijual, tetapi pelanggan pulangkan semula.
I also let go of my staff sebab aku dah tak mampu nak bayar.”
Maka bermula dari sinilah nama Khairul Aming mula dikenali apabila dia mulakan ‘langkah baru’.
Aku tebalkan muka utk buat video masak kat IG”
Walaubagaimanapun, bisnes sambal yang lama itu masih lagi dijual hingga kini. Katanya lagi, akibat kegagalan sebelum ini ia mengajar dirinya untuk tidak terlalu cepat untuk membuat satu langkah.