in

Pengsan Tunggu Anak Ambil Ubat, Kepala Pakcik Ini Tercucuk Pada Jeriji Pagar Hospital Taiping

Collage 8

Kesian pakcik ni, niatnya untuk ambil angin selepas menjalani rawatan di Hospital Taiping berakhir dengan tragedi.

Semalam, gambar ngeri muka seorang lelaki tercucuk pada jeriji besi telah tular di media sosial. Menurut individu yang mengambil gambar tersebut, ketika kejadian dia melihat pak cik tersebut memang dah tersangkut pada pagar tapi tak ada siapa perasan hinggalah individu tersebut menjerit minta pertolongan.

Screenshot 2019 06 12 At 4.09.33 Pm
Sumber: facebook

Menurut Harian Metro, kejadian ini berlaku pada 12 tengahari semalam. Mangsa yang dikenali sebagai Hong Chun berusia 78 tahun dikatakan pengsan dan terjatuh semasa menunggu anaknya mengambil ubat di kaunter farmasi berdekatan.

64303747 306568920232440 8387180215431856128 N

Anak mangsa yang tak mahu dirinya dikenali mengatakan yang dia membawa bapanya ke hospital tersebut kerana bapanya mengalami masalah pendarahan di saluran najis.

“Selesai mengambil ubat, saya pergi untuk mencari bapa dan terkejut apabila mendapati orang ramai menjerit dan mengelilingi bapa.

“Saya menjadi panik dan terkejut apabila mendapati leher bapa tertusuk jeriji besi dan mengalami pendarahan yang banyak.”

Nasib baik, doktor dan jururawat di sana segera membantu membawa Hong Chun untuk mendapatkan rawatan kecemasan. Dia kini stabil dan sedang menerima rawatan di wad biasa.

Saya bersyukur tiada perkara buruk terjadi kepada bapa saya dan kami enggan menyalahkan mana-mana pihak di atas kejadian berlaku.”

Allah, malang memang tak berbau. Lepas ni hati-hatilah lagi-lagi bila kita keluar bawa orang tua atau kanak-kanak.

Baca: Daging Betis Gadis Tersiat Tercucuk Besi Eskalator di Sunway Pyramid

Screenshot 2019 06 12 At 4.22.53 Pm