in

Lelaki Nyaris Maut, Cedera Lengan Kiri Terkena Batang Besi Terjatuh Dari Lori

Syaz Ft 52

Seorang lelaki nyaris hilang nyawa selepas tangan kirinya tertusuk besi yang terjatuh dari sebuah lori.

Menurut laporan Kosmo!, kejadian ngeri itu berlaku di Pantai Sepat, Kuantan, besi yang terjatuh itu tertusuk lengan serta rusuk kirinya dan sangat hampir dengan jantung.

Artikel berkaitan: “Nasib baik takde orang kat seat sebelah” – Cermin Kereta Tertusuk Besi Yang Melayang Dari Lori Depan

Artikel berkaitan: Terpaksa Rempuh ‘Divider’ Untuk Elak Langgar Kereta Lain, Tindakan Abang Lori Dipuji Netizen

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd. Zahari Wan Busu berkata, mangsa, yang berusia 45 tahun itu kini sedang menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini.

Cats 8

Menurutnya, dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 petang semalam itu menyaksikan sebatang besi sepanjang 0.75 meter dipercayai terjatuh dan menembusi cermin hadapan kereta dipandu mangsa sebelum menusuk tubuhnya.

“Siasatan awal mendapati mangsa yang memandu kereta jenis Perodua Alza dalam perjalanan dari arah Penor menghala ke arah Tanjung Lumpur.

Ketika tiba di lokasi kejadian, sebatang besi dipercayai jatuh dari sebuah lori dari arah bertentangan dan terkena cermin depan sebelum tembus masuk ke dalam kereta dan menusuk lengan serta rusuk mangsa,” katanya.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 337 Kanun Keseksaan kerana cuai sehingga mendatangkan kecederaan terhadap orang awam dan usaha mengesan pemandu serta lori terlibat masih dijalankan.

Sumber: Kosmo!

Sumber: Kosmo!