in

“Pengotor betul!” – Polis Buru Individu ‘Tinggalkan’ Air Liur & Kahak Pada Butang Lif LRT

Collage 50

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Wabak coronavirus masih lagi menyerang dunia tapi manusia-manusia tak bertanggungjawab ni selamba je menyusahkan orang lain dengan perangai pengotor dorang ni.


Tak seperti di Malaysia, COVID-19 di Singapura agak teruk juga dengan angka jangkitan yang dah meningkat kepada 85 orang setakat ini.

Walaupun begitu, negara kecil yang terkenal dengan kebersihannya ini tetap tak boleh nak menghalang orang tak bertanggungjawab ni dari meludah pada butang-butang lif di stesen LRT. Eewww

SBS Transit Ltd telah memuat naik gambar di Facebook menunjukkan air liur dan kahak yang mengalir dari butang lif stesen Rumbia, Timur Sengkang di sana.

87073964 2235286880114161 1022722135124082688 O

Ini adalah tindakan menjijikkan walaupun ketika situasi normal. Dengan situasi sekarang, lagi tak masuk akal!”

Tambah syarikat ini, pihaknya sudah pun membuat laporan polis dan mereka sedang membantu pihak polis untuk mencari individu ini.

Tambah mereka, butang lif ini telah pun dibersihkan dengan pembasmi kuman.

Walaupun kita tak tahu sama ada orang yang meludah ini mempunyai jangkitan coronavirus atau pun tidak, ini adalah tindakan yang sangat tak boleh diterima lagi-lagi bila sekarang ni orang tengah sibuk menjaga kebersihan.

Ingat kelakar buat benda macam ni?

 

Baca: “Tengah darurat pun takde sivik” –  [VIDEO] Sengaja Sapu Air Liur Dekat Butang Lif, Nak Jangkitkan Orang Lain Dengan Coronavirus

Screenshot 2020 02 21 At 1.27.05 Pm

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.