in

“Tengah darurat pun takde sivik” – [VIDEO] Sengaja Sapu Air Liur Dekat Butang Lif, Nak Jangkitkan Orang Lain Dengan Coronavirus

Satu video viral di media sosial menunjukkan sikap pentingkan diri dan tak ada sivik seorang lelaki di mana perbuatannya itu berjaya dirakam oleh CCTV di dalam sebuah lif.

Menurut laporan, rakaman CCTV itu telah dimuat naik di Twitter oleh seorang aktivis hak asasi manusia, Jennifer Zeng. Video itu menunjukkan lelaki tersebut batuk di atas sekeping tisu dan kemudian sengaja lap di butang lif beberapa kali.

Sumber: Twitter

Saya tidak pasti mengapa dia melakukan perkara tersebut ketika wujud kebimbangan mengenai penyakit korona.”

Dalam video itu boleh dilihat ada 4 orang individu yang dipercayai sebuah keluarga dan perbuatan tidak bermoral itu dilakukan oleh salah seorang daripada mereka sementara yang lain hanya menyaksikan insiden tersebut.

Setakat ini tiada maklumat lanjut yang dapat mengesahkan identiti lelaki yang dipercayai dari China itu serta perbuatannya. Namun selepas video itu viral di Twitter, ramai warganet yang mengecam tindakan dia dengan berkata ianya kurang ajar dan sangat pentingkan diri.

Apa masalah orang macam ni? Sengaja nak sebarkan (virus).”

Ada sebab kenapa orang benci dorang (rakyat China).”

Bodoh punya manusia.”

Ini memang pentingkan diri dan tak ada sivik punya orang.”

Tindakan itu juga membuatkan timbulnya keresahan dalam diri orang lain memandangkan sekarang wabak coronavirus sedang menular dengan pantas. Polis China dilaporkan masih menyiasat tentang insiden itu dan dalam proses mengenal pasti keempat-empat individu yang berada di dalam lif terbabit.

Ini bukanlah kali pertama berlaku kes mementingkan diri sebegitu di negara itu. Ada juga rakaman video yang menunjukkan seorang wanita enggan bekerjasama dan tidak mahu dikuarantin. Video itu juga viral dan menunjukkan beberapa ahli paramedik dan pihak berkuasa terpaksa menahannya daripada melarikan diri.

https://twitter.com/howroute/status/1223616787520114690

Baca: “Menyusahkan orang lain!” – Instafemes ‘Prank’ Dijangkiti Coronavirus, Pesawat Terpaksa Patah Balik Buat ‘Emergency Landing’