Menurut para pengkaji iklim yang terdiri dari saintis dan mereka yang membuat kajian serta melaporkan keadaan semasa berkenaan dengan iklim dunia melalui organisasi bebas yang dikenali sebagai Climate Central menjangkakan paras air laut seluruh dunia akan naik sehingga 2 meter menjelang 2050!
Salah satu negara yang difahamkan akan turut menerima kesan daripada kenaikan tersebut adalah Malaysia dan hal ini telah disuarakan oleh seorang pengguna Twitter @Syaqib Shahril dalam satu bebenang tentang krisis iklim yang sedang berlaku.
Merujuk kepada peta yang dikeluarkan oleh para pengkaji iklim Climate Central tersebut, Malaysia telah disenaraikan sebagai negara yang sedang mengalami apa yang diperkatakan sebagai ‘Lost and Damage‘.
Lost and damage ini merujuk kepada kesan iklim yang melebihi dari kapasiti penyesuaian negara, komuniti dan ekosistem dan difahamkan, menjelang tahun 2030, sebahagian besar kawasan persisiran pantai di Malaysia akan ditenggelami air akibat banjir akibat peningkatan paras air laut dan perubahan iklim ini.
“Ini adalah masa depan Malaysia menjelang 2050, kenaikkan paras air laut sekitar 1-2 meter”
Lebih membimbangkan, menjelang tahun 2050, kenaikan paras air laut dijangka mencecah 2 meter dan sekiranya tiada tindakan dan pelan untuk mengatasi perubahan iklim ini sebahagian besar bandar utama di persisiran Selat Melaka akan tenggelam.
Sebagai contoh, sekurang-kurangnya 40 peratus hingga 50 peratus penduduk di kawasan parlimen Pulai akan ‘hilang’ yang melibatkan 7 buah kampung di kawasan tersebut.
Dalam bebenang yang sama, pihak berwajib diminta melakukan sesuatu kerana perubahan iklim dan kenaikan paras air laut ini sememangnya sedang berlaku dan akan terus berlaku.
Baca : NASA Jangka Beberapa Lokasi Di Bumi Akan Alami Banjir ‘Dahsyat’ Pada Tahun 2030