in

NASA Jangka Beberapa Lokasi Di Bumi Akan Alami Banjir ‘Dahsyat’ Pada Tahun 2030

Banjir 2030

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pihak Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) baru-baru ini mendedahkan berlakunya ‘goyangan’ pada orbit bulan dan hal ini dikatakan bakal menyebabkan banjir yang sangat dasyat pada tahun 2030-an!


Pexels Photo 6471926

Menurut kajian yang diketuai oleh agensi angkasa lepas Amerika Syarikat tersebut, beberapa bandar persisiran pantai di Amerika bakal dilanda banjir akibat air pasang besar yang akan berlaku sehingga tiga atau empat kali setahun dalam tempoh satu dekad ini.

Menerusi sebuah peta yang dimuatnaik oleh NASA, didapati berlakunya peningkatan tidak normal kepada paras air laut sepanjang bulan Jun. Kenaikan paras air laut ini didapati dari 10 hingga 15cm lebih tinggi dari paras biasa.

Nintchdbpict000665708493

Orbit Bulan Bergoyang

Seperti yang diketahui, bulan akan mengelilingi bumi mengikut landasannya dan gelombang yang terdapat pada bulan inilah yang memainkan peranan keatas kekuatan atau daya pasang surut air laut di bumi.

Walaupun ‘goyangan’ ini sudah diketahui dan boleh diramalkan, namun apa yang membimbangkan para pengkaji tersebut adalah apabila goyangan ini berlaku serentak dengan kenaikan paras air laut akibat perubahan iklim yang berlaku.

Dalam masa yang sama, pihak NASA turut memberikan amaran kepada bandar-bandar persisiran pantai seluruh dunia tentang bakal berlakunya banjir besar dengan kerap dan diramalkan ia akan berlaku selang beberapa bulan dalam masa setahun.

Hawaii Flood

“Tempat yang biasanya banjir sekali-sekala perlu bersedia dengan banjir yang akan lebih kerap berlaku”, tambah agensi berkenaan lagi.

Secara tidak langsung, hal ini akan memberikan kesan yang besar terhadap mereka yang mendiami kawasan persisiran pantai

“Banjir yang berlarutan akan memberikan kesan kepada kesihatan awam” – NASA

Jika kekerapan banjir ini berlaku sekitar 10-15 kali dalam setahun, ini bermakna akan adanya kawasan parkir bawah tanah yang akan ditenggelami air. Secara tidak langsung, semua bangunan pejabat atau perniagaan yang terlibat tidak dapat diteruskan dan akan terjejas.

Tambah mereka lagi, sekiranya situasi ini berlaku, mereka yang bekerja sudah pasti akan kehilangan pekerjaan kerana tidak boleh untuk keluar bekerja dan masalah takungan air banjir ini pastinya akan memberikan kesan kepada kesihatan orang ramai.

Bulan dikatakan bergoyang pada kitaran 18.6 tahun dan ini menyebabkan kedudukannya akan berubah sedikit demi sedikit. Namun, perubahan sedikit ini dapat menguatkan air pasang surut kerana ianya akan bergantung kepada jarak kedudukan bulan dengan bumi dalam kitarannya.

Banjir Besar Tahun 2030-an

Menurut Nasa lagi, bahagian penguat gelombang dari kitaran bulan kini sedang berlaku dan gelombang yang berikutnya akan berlaku pada pertengahan 2030-an dan mereka berpendapat pada pertengahan 2030-an, aras permukaan laut akan meningkat begitu banyak sehingga air pasang yang diperkuat (oleh gelombang bulan) akan menyebabkan masalah besar akan berlaku. 

Sejak tahun 1880, rata-rata permukaan laut di seluruh dunia telah meningkat sekitar 8 hingga 9 inci. Kira-kira sepertiga dari kenaikan itu dikatakan telah berlaku selama 25 tahun kebelakangan ini dan kenaikan paras laut ini turut dijangka akan meningkat lebih banyak lagi dalam dekad berikutnya.

Sumber : The  U.S Sun

Baca : Kewujudan Pulau Baharu Di Indonesia Lepas Dilanda Taufan Seroja Cetus Persoalan

Pulau

Sumber: NASA
Sumber: ZME Science

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.