in

Pengasuh Lesbian Mengaku Suka Puaskan Nafsu Dengan Kanak-kanak Perempuan

Semenjak dua menjak ni, parents semakin risau nak hantar anak-anak kecil dorang dekat pengasuh. Bahaya woi! Bukanlah semua pengasuh buat perangai tak senonoh, tapi sebab dah banyak kes, mana mak bapak tak kecut perut.

Kali ni muncul lagi satu kes yang jijik berlaku yang melibatkan seorang pengasuh. Tak senonoh okay! Menurut Malaysian Digest, seorang peniaga online, Nor Suriani terkejut apabila berdepan dengan pelanggan lesbian yang mengaku dirinya bekerja sebagai seorang pengasuh.

Terkejut sebab apa ni? Pada mulanya, Suriani telah dihubungi pengasuh tersebut yang berpura-pura nak membeli produk yang dijual. Kebetulan, gambar barangan yang dijual menampilkan anaknya.

Sumber: Malaysian Digest

Namun kemudian, pengasuh itu mula berkelakuan pelik dan memberitahu dia hanya mempunyai anak lelaki dan ingin menjadikan anak perempuan Suriani sebagai anak angkat.

“Saya dah mula rasa curiga. Dia kemudian hantar gambar kemaluan kanak-kanak perempuan. Dia minta saya hantar gambar anak perempuan saya dalam keadaan sedemikian.”

“Saya balas, ‘awak ni sakit mental ke?’. Dia kemudian balas, ‘maaf, saya ingat awak ni lesbian.”

Sumber: Malaysian Digest

Di dalam perkongsian perbualan melalui Whatsapp antara pengasuh dan Suriani, jelas menunjukkan pengasuh itu sendiri mengaku seorang lesbian dan mendakwa mempunyai gambar anak kecil lain yang berusia antara lima hingga 11 tahun.

Sumber: Facebook

Suriani kemudian mengambil keputusan untuk berkongsi hal itu di Facebook bagi memberi amaran kepada ibu bapa yang menghantar anak mereka kepada pengasuh tersebut.

Sumber: Malaysian Digest

“Facebook saya juga tidak dapat diakses dipercayai disekat oleh Facebook ekoran aduan yang diterima daripada pengguna-pengguna yang lain.”

Suriani juga menerangkan dia akan membuat laporan polis mengenai hal itu bagi membolehkan pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan lanjut dan untuk mengenal pasti identiti sebenar pengasuh tersebut.

Adui, bahayanya sekarang ni!

Baca: Pengasuh Mengaku Tak Salah Bunuh Adam Rayqal