in

Pengasuh Kejam, Bungkus Mayat Budak Dalam Peti Sejuk

Page Anak Hilang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, seorang bayi lelaki berusia tiga bulan telah dilaporkan hilang dipercayai dilarikan individu tidak dikenali dari rumah pengasuhnya di Taman Nakhoda, Batu Caves.



Ibu bayi berkenaan Farah Madiha Othman, 28, telah menghantar Adam Raykal ke rumah pengasuh pada pukul 12 tengah hari sebelum pergi ke tempat kerja.

Namun, pada sebelah petang, pengasuh memaklumkan kepada Farah bahawa anaknya Adam Raykal telah diambil oleh seorang lelaki yang disangka suaminya walaupun belum pernah bapa bayi tersebut, Mohd Sufi Naeif Mohd Fauzi, 28, ambil sebelum ini.

Baby2
sumber: harian metro

Malangnya, hari ini Adam telah ditemui mati di rumah pengasuh. Menurut Harian Metro, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad berkata, mayat Adam Rayqal ditemui kira-kira jam 11 malam tadi.

Baby3
sumber: harian metro

Mangsa telah ditemui disorokkan dalam bahagian sejuk beku peti ais dua pintu oleh anggota Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak yang membuat pemeriksaan di rumah berkenaan.

Baby5
sumber: facebook

Mayat bayi berkenaan ditemui lengkap dengan pakaian namun berbalut kain napkin dan disumbat dalam beg berwarna hijau.

“Mayat Adam Rayqal ini ditemui selepas siasatan polis mendapati terdapat keraguan dalam keterangan pengasuhnya.”

“Polis kemudian membawa pengasuh berkenaan ke rumahnya sebelum ditunjukkan lokasi mayat bayi itu disimpan.”

Menurut Ali, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan polis menahan dua suspek iaitu pengasuh yang berusia 33 tahun serta rakan serumahnya yang berusia 36 tahun. Mayat bayi kemudian telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

Sementara itu, ini luahan hati ibu mangsa. Ibu mana yang tak sedih bila terpaksa meninggalkan anak dalam keadaan macam ni.

Baby6
suimber: facebook

Kejamnya pengasuh ni!

Baca: Anak Hilang Masa Sahur

Page Anak Hilang 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.