in

Anak Hilang Masa Sahur

Page Anak Hilang 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hati ibu mana yang tak keruan bila anak yang dikandung sembilan bulan dan masih belum mengenal dunia hilang diculik orang.


Ye, malangnya inilah yang jadi kepada Diela Yusofe yang berharap penulisannya di Facebook mendapat perhatian ramai.  Dia juga berharap agar ada yang akan memaklumkan kepadanya jika mempunyai maklumat mengenai anaknya, Aisyah.

“Tolong panjangkan post ni sampai Aisyah dijumpai..”

Anak Hilang 2
sumber: facebook

Diela menceritakan ketika dia bangun sahur pagi tadi di rumah maknya yang terletak di Muar, mereka menyedari pintu di dapur dah terbuka dan bukan setakat dua buah telefon bimbit je yang hilang, anaknya yang baru berumur setahun tu pun tidak lagi ada di sebelahnya!

Capture 1
sumber: harian metro

Ibu ini merayu sekiranya harta yang dicari, ambillah sebanyak mana yang boleh asalkan zuriatnya itu dipulangkan semula ke pangkuan keluarga yang menyayangi anak kecil tu.

“Tolong siapa dendam dengan saya dan suami tolong sangat pulangkan kembali Aisyah. Aisyah tak salah. Nak bunuh saya sekali pun sebab benci saya sanggup. Janji pulangkan anak saya kembali.”

Anak Hilang 3
sumber: facebook

Selain itu, anak bongsunya itu juga dikatakan memakai baju berwarna putih semasa hilang dan kehilangannya telah pun dilaporkan kepada pihak polis. Diela juga kongsikan gambar laporan polis yang dah dibuat selepas ada golongan yang menuduh Diela hanya temberang mengenai hal ini.

Anak Hilang
sumber: facebook

“Anak saya betul-betul hilang bukan menipu. Tolonglah jika terjumpa jagalah beliau sebaik mungkin. Dia nyawa saya. Apa guna saya hidup jika dia tiada. Bukan untuk raih simpati tapi untuk anak dijumpai. Tolong sehingga anak saya jumpa. Dia anak yang baik.. Baik sangat-sangat.”

Bagi yang ada maklumat boleh segera hubungi pihak polis atau boleh hubungi terus suami Diela, Hasmizan Othman di talian 0197191278.

Update terbaru dari Facebook Malaysian Response Team, Aisyah telah pun dijumpai oleh pihak polis. Menurut Astro Awani, bayi itu dijumpai di kawasan semak berdekatan sebuah pencawang elektrik di sekitar Muar, kira-kira jam 4 petang tadi.

Difahamkan bayi tersebut dilarikan oleh warga asing dan telah dibawa ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah untuk pemeriksaan lanjut dan keadaannya dilaporkan stabil.

Gambar3
sumber: facebook
Gambar
sumber: facebook
Gambar2
sumber: facebook

Tahniah kepada pihak berkuasa sebab tangkas dalam melakukan tugas sekaligus menyatukan keluarga ini. Pastinya ini akan menjadi Aidilfitri yang lebih bermakna buat mereka.

Baca: Habis semua kena curi!

Page Raya 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.