in

Pengasuh Bayi 8 Bulan Yang Meninggal Dunia Di Taska Direman 7 Hari

Pengasuh

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pagi tadi kita dikejutkan dengan berita seorang bayi lelaki berusia lapan bulan meninggal dunia di sebuah taska di Melaka.

Bapa bayi lelaki itu juga mengatakan rakaman CCTV mendedahkan bahawa anaknya itu telah dibedung, disumbat botol susu, ditutup dengan kain dan mangsa juga ditekup dengan bantal oleh pengasuh taska tersebut.


2 1
Gambar sekadar hiasan

Pengasuh terbabit iaitu seorang wanita berusia 34 tahun kemudiannya telah ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini sehingga 13 September ini untuk membantu siasatan.

Memetik laporan Malaysia Gazette, kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Artikel Berkaitan: Bapa Bayi 8 Bulan Yang Maut Di Taska Dedah Pengasuh Bedung, Sumbat Botol Susu Dan Tekup Mangsa Dengan Bantal

Artikel berkaitan: Pengasuh Nangis Teresak-esak Kena Soal Influencer, Kes Dera Anak Majikan Sampai Muka Lebam

Difahamkan, pengasuh wanita itu telah ditahan oleh polis semalam di taska tersebut sekitar jam 3.30 petang.

7

Sumber: Malaysia Gazette

Sumber: Foto Hiasan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.