in

Pengasuh Ditahan Lepas Ibu Sedar Ada Kesan Gigitan Pada Muka Anak

Pengasuh Gigit Bayi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ramai ibu bapa zaman kini yang terpaksa menggunakan khidmat pengasuh untuk menjaga anak mereka terutama sekali anak-anak yang masih lagi bayi, sudah pastinya menjadi tugas ibu bapa untuk mencari pengasuh yang selamat dan dipercayai.

Baru-baru ini, seorang pengasuh berusia 43 tahun ditahan pihak polis bagi membantu siasatan apabila terdapat kesan gigitan di pipi serta kecederaan di bahagian telinga anak asuhannya itu.


Menurut laporan FMT, insiden yang dipercayai berlaku di Taman Putra, Ampang Jaya itu dilaporkan kepada pihak polis apabila ibu kepada bayi lapan bulan itu menyedari terdapat kesan gigitan pada pipi bayi tersebut serta kesan pulasan di telinganya.

Pexels Lina Kivaka 1741231
Gambar hiasan

Ketua Polis Ampang Jaya, Mohamad Farouk Eshak menyatakan penahanan pengasuh wanita berusia 43 tahun itu dilakukan selepas polis menerima laporan daripada ibu bayi tersebut pada hari Jumaat lalu dan mangsa dihantar ke Hospital Ampang untuk pemeriksaan lanjut.

Difahamkan, siasatan awal mendapati, suspek telah meninggalkan mangsa di rumah sebelum anak asuhan lain menggigit muka bayi itu.

“Suspek direman empat hari sehingga 5 Oktober ini. Hasil siasatan mendapati, suspek mempunyai enam anak asuhan berusia tiga bulan hingga dua tahun.

Selain mempunyai anak kandung yang tinggal bersamanya masing-masing lelaki dan perempuan berusia 16 dan lapan tahun.” katanya.

Kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001.

Baca: “Papa dan mommy redha” –  Temui Kesan Lebam Di Dahi, Bayi 10 Bulan Maut Di Rumah Pengasuh

Maut Di Rumah Pengasuh

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.