in

Anak Retak Tulang Kaki Dipercayai Didera Di Taska, Ibu Kecewa Rakaman CCTV Banyak Hilang

Collage 33

Selalu sangat dengar cerita anak didera di tempat asuhan tular di media sosial sekarang ni sampai takut dan susah nak percaya orang.

Tapi, kerana terpaksa bekerja, nak tak nak terpaksa jugalah hantar anak dekat pengasuh dan mengharap segalanya baik-baik sahaja.

Macam baru-baru ini, seorang pengguna Facebook Afzan Ikka Wan Nurul telah menceritakan apa yang berlaku kepada anaknya yang mengalami kecederaan selepas diambil dari pusat asuhan.

Menangis tak henti, mata ada kesan lebam

241340832 4299742470110338 6466801803832119730 N

Menurut Afzan, lebih kurang lebih sebulan yang lalu dia rasa tak sedap hati di pejabat dan terus tanya pengasuh tentang perihal anaknya namun pengasuh menjawab semuanya baik-baik sahaja.

Tapi bila dia ambil anaknya dari Taska, kanak-kanak ini tak berhenti menangis dan di bahagian mata pula ada kesan lebam. Bila ditanya, pengasuh tersebut menjawab yang anaknya tadi berebut mainan dengan bayi lain dan kesan di muka pula kerana tidur di atas playmat.

Ajak tateh tak nak jejak kaki kanan

240987935 4299742486777003 2517652584147932121 N

Namun bila pulang ke rumah dan mengajak anaknya untuk tateh (belajar berjalan) anaknya ini tak mahu jejakkan kaki kanannya ke lantai.

Risau dengan keadaan anaknya, Afzan dan suami telah menbawa anaknya ke hospital swasta untuk membuat x-ray sebelum hospital tersebut menasihati pasangan ini untuk membuat laporan polis.

Kemudian, keputusan x-ray mendapati kaki anaknya retak di bahagian Tibia dan meminta untuk mereka segera simenkan kaki anaknya untuk elakkan lebih banyak komplikasi.

Takde bukti pengasuh kasar dengan anak

241419903 4299745130110072 7092573412621584250 N

Selepas doktor hospital swasta lain yang merawat anaknya turut mendesak pasangan ini untuk buat lagi laporan polis, Afzan dan suaminya telah pergi ke balai untuk melihat CCTV dari tempat asuhannya.

Namun tak ada bukti menunjukkan pengasuh berlaku kasar dan dapat dilihat dalam salah satu video rakaman seorang bayi 10 bulan telah dilempang dan dibaling oleh pengasuh.

Record CCTV tu banyak hilang.”

Kerana tak berpuas hati kerana anggota polis itu mengatakan tiada bukti anaknya didera, Afzan telah mengambil tindakan menghubungi sendiri Taska tersebut untuk melihat CCTV.

Bila lihat sendiri CCTV, wanita ini mengatakan pengasuh memang kasar dengan anaknya. Muka dibaling tuala dan anaknya memang menangis tak henti sepanjang hati. Malah kesan pada muka yang dikatakan tidur di atas playmat juga dilihat tak betul kerana dalam rakaman tersebut anaknya memang tak tidur langsung di atas playmat.

Kronologi kes

240951951 4299742483443670 1654703759063986741 N 241366811 4299742513443667 7970874893513371940 N 241388945 4299742453443673 9189913251240568227 N

Menurut ibu ini, anaknya kini dijaga oleh makciknya dan sudah pun sihat dan ceria. Dia juga menasihati orang ramai untuk berhati-hati bila hantar anak ke taska serta turut berterima kasih kepada orang ramai yang mendoakan kesihatan anaknya.

 

Baca: Pengasuh Taska di Melaka Kejam Dera Bayi Dengan Ikat Kaki Tangan Ketika Menyusu

Screenshot 2021 09 16 At 12.18.34 Pm

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook