in

“Papa dan mommy redha…” – Temui Kesan Lebam Di Dahi, Bayi 10 Bulan Maut Di Rumah Pengasuh

Maut Di Rumah Pengasuh

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Anak merupakan anugerah kepada semua pasangan yang telah berkahwin, mereka juga amanah yang perlu dijaga dengan sebaiknya. Kehilangan seorang anak adalah sesuatu yang sangat perit dan tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.


Baru-baru ini, seorang bayi berusia 10 bulan telah meninggal dunia selepas dihantar ke rumah pengasuhnya di Seksyen 17, Shah Alam.

Anak kecil yang dikenali sebagai Nur Awliya Delisha Mohd. Khairul itu disahkan maut selepas menerima rawatan di Hospital Shah Alam.

Menurut Kosmo!, pihak polis menerima laporan daripada bapa mangsa kira-kira jam 8 malam pada 19 Ogos lalu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata hasil siasatan awal mendapati bayi tersebut merupakan anak tunggal kepada pengadu.

“Berdasarkan siasatan pengadu dan isteri telah ke rumah pengasuh pada pukul 4 petang pada 19 Ogos lalu setelah dimaklumkan bahawa anak pengadu tidak sedarkan diri.

Pemeriksaan di Hospital Pakar Shah Alam (SALAM), di Seksyen 19 mendapati ada kesan lebam di dahi dan disyaki ada pendarahan di otak,” katanya.

Dalam sebuah posting di Facebook, bapa kepada mangsa mengingatkan orang ramai untuk tidak melakukan sebarang spekulasi mengenai kematian anaknya itu kerana ia masih lagi dalam siasatan polis.

Assalamualaikum…berkaitan kes kematian anak sy yg tular di media sosial, sy berharap tiada yg membuat sebarang…

Posted by See Kay on Monday, August 29, 2022

Ketua Polis Daerah Shah Alam itu juga berkata, siasatan turut mendapati pengasuh bayi itu berusia 36 tahun serta sedang mengandung lima bulan.

“Pengasuh itu menjaga lapan orang kanak-kanak berusia 3 bulan hingga 4 tahun termasuk anak pengadu di kediamannya secara bersendirian.

“Siasatan lanjut masih dijalankan dan kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya.

Salam takziah, jangan buat spekulasi ya, biar pihak berkuasa yang tentukan…

Baca: Gurauan Membawa Maut, Remaja Lelaki Temui Rentung Dalam Kebakaran Di Tandas Awam

Remaja Rentung

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.