in

Pengarah Perhutanan Kelantan Dikecam Selepas Dakwa Aktiviti Pembalakan Bantu Tambah Populasi Harimau Belang

Fi Balak 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan telah menyangkal dakwaan berkenaan aktiviti pembalakan yang dikatakan menjadi punca harimau belang keluar daripada habitatnya, sekali gus dapat menjejaskan populasi haiwan buas tersebut.


Menurut Pengarah Perhutanan Negeri, Abdul Khalim Abu Samah, sebuah kajian dibuat oleh seorang pakar daripada Sarawak telah mendapati perkara sebaliknya berlaku iaitu populasi harimau berhampiran kawasan pembalakan didapati semakin bertambah.

“Pembalakan sebenarnya mengakibatkan banyak pokok baharu tumbuh dan proses ini menarik haiwan kecil seperti kancil untuk datang ke kawasan tersebut. Haiwan-haiwan kecil ini merupakan sumber makanan untuk harimau.” kata Abdul Khalim.

Dalam erti kata lain, situasi tersebut dikatakan akan memudahkan harimau untuk mendapatkan sumber makanan berbanding dalam hutan tebal.

Abdul Khalim juga berkata, segala aktiviti pembalakan di Kelantan dijalankan bukan dengan membuta tuli, sebaliknya secara terkawal dan mengikut catuan tebangan tahunan (CTT) yang ditentukan oleh Majlis Tanah Negara (MTN).

“Kita di Kelantan tidak pernah melebihi catuan tebangan sebagaimana dibenarkan iaitu 3,900 hektar setahun. Malah pembalakan hanya dilakukan di hutan pengeluaran, bukannya hutan perlindungan,” katanya lagi.

Di laman sosial, ramai netizen telah menunjukkan reaksi yang pelbagai terhadap kenyataan yang dikeluarkan oleh Abdul Khalim tersebut. Kebanyakan mereka mempersoal serta mengecam dakwaan itu kerana ia dikatakan bertentangan dengan apa yang mereka pelajari di sekolah dahulu.

Komen Balak 7

Ada juga yang meminta agar pihak Jabatan Perhutanan Kelantan mengemukakan bukti kajian yang dijalankan itu dengan lebih terperinci.

Komen Balak 6

Takpe..kita tunggu je details kajian tu. Manatau ada betulnya boleh tambah populasi harimau…
Sumber: Utusan

Baca: Air Terjun Dakota Di Gua Musang Musnah Akibat Aktiviti Pembalakan?

Baca Balak 1

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.