in

Pengantin Lelaki Dipukul Dengan Selipar Oleh Ibu Sendiri, Didakwa Sebab Tak Restu Perkahwinan

F Nikah 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Restu ibu dan keluarga merupakan antara yang paling penting sebelum kita nak mulakan hidup baru sebagai suami dan isteri. Teringat pulak dengan filem P.Ramlee yang bertajuk Ibu Mertuaku tu kan. 



Buat seorang pengantin lelaki di India ini pula, dia telah dipukul dengan chappal atau selipar oleh ibunya sendiri ketika majlis perkahwinannya berlangsung gara-gara ibunya dipercayai tak setuju dengan wanita pilihan lelaki itu, lapor Khaleej Times.

Nikah 1

Kejadian itu dikatakan telah berlaku di sebuah kampung di Uttar Pradesh, India gara-gara ibu pengantin lelaki dikatakan tak merestui perkahwinan itu sebab anaknya itu berkahwin dengan perempuan yang berbeza kasta.

Terdahulu, video itu telah viral di media sosial negara itu setelah dikongsikan oleh akaun Twitter A4Times.

Dalam video tersebut, wanita tersebut tiba-tiba datang ketika jurugambar sedang mengambil gambar kedua-dua mempelai.

Disebabkan perkahwinan itu ditentang oleh keluarga pihak lelaki, keluarga pengantin perempuan dikatakan mengambil keputusan untuk tidak menjemput ahli keluarga lelaki itu ketika majlis tersebut berlangsung.

Nikah 2

Namun, entah macam mana ibu pengantin lelaki dapat tahu tentang majlis penting anak lelakinya dan dia tetap datang ke majlis itu. Tetamu majlis yang terkejut juga telah cuba menenangkan wanita berkenaan.

Seram jugak kalau benda macam ni jadi kan. 

Sumber: Khaleej Times, Twitter A4Times

Baca: Dipaksa Minum Air Kencing Sebab Perkahwinan Tak Direstui

Nikah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.