Dipaksa Minum Air Kencing Sebab Perkahwinan Tak Direstui

Tambah ke Sumber Pilihan
Dipaksa Minum Air Kencing Sebab Perkahwinan Tak Direstui

Dahsyat betul kes ni!

Menurut Astro Awani, pasangan dari Alirajpur, Madhya Pradesh di India ni berkahwin walaupun mendapat tentangan keluarga. Akibatnya, dorang dibelasah dan dipaksa minum air kencing. Serius la??


Win1
Sumber: The Times of India

Hubungan dorang ni mendapat tentangan daripada ibu bapa pengantin perempuan. Walaupun tak dapat persetujuan, pasangan suami isteri ni yang masing-masing baru berusia 23 tahun dan 21 tahun dilaporkan berkahwin pada Mei lalu. Demi cinta…

Lelaki ini cuba meredakan kemarahan keluarga mentua dia dengan memberikan wang tunai berjumlah Rs. 70,000 (RM4,141) serta dua ekor kambing. Walaupun pemberian dia tu diterima pihak perempuan namun pasangan muda terbabit still diserang.

Win3
Sumber: NDTV
Tapi malangnya berita tu sampai ke pengetahuan pihak perempuan dan dorang bertindak menculik pasangan tu pada jam 4 pagi waktu tempatan, pada 25 Julai lalu. Pasangan tu mendakwa yang penyerang mengacukan pistol sebelum membelasah dorang.
Rakaman video diambil oleh salah seorang penyerang menunjukkan yang lelaki tu diikat pada sebatang tiang. Lagi teruk bila rambut si isteri telah digunting dan pakaian dia turut dilucutkan.

Penyerang menegaskan tindakan mereka adalah sebagai hukuman kepada pasangan terbabit kerana mencemarkan maruah keluarga. Ish ish…

Win2
Sumber: India Today

Aduan polis dah pun dibuat mangsa terhadap bapa pengantin perempuan, dua bapa saudaranya serta tiga individu lain. Setakat ni, dua individu telah diberkas untuk siasatan lanjut.

Kalau ya pun marah, takkan lah sampai buat anak sendiri macam tu…

Baca: Lelaki Mati Dibelasah Kerana Keluarga Tidak Restui Hubungan Cinta Berlainan Bangsa

Win4

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
  3. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Dipaksa Minum Air Kencing Sebab Perkahwinan Tak Direstui
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/dipaksa-minum-air-kencing-sebab-perkahwinan-tak-direstui/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM