in

Pengantin Lelaki Cabut Lari di Hari Perkahwinan Kerana Hantaran Terlalu Mahal

Bk9

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Zaman kini, wang hantaran sentiasa menjadi isu kerana rata-rata pihak lelaki terutamanya tidak setuju dengan nilai yang ditetapkan oleh pihak perempuan. Kebiasaannya, cara paling mudah untuk menyelesaikan konflik urusan wang hantaran ialah melalui perbincangan. Tetapi lain pula yang terjadi kepada pasangan ini.


Arunee Jaengkrachang, 24, dari Bangkok telah merancang untuk berkahwin dengan kekasih hatinya, Boonyang Sawatdee, 26, dan majlis perkahwinan mereka telah ditetapkan pada 22 Oktober yang lalu.

Bk6
sumber: thairath

Menurut Oddity Central, segala persiapan majlis perkahwinan telah dibuat oleh pihak perempuan pada hari tersebut yang menelan belanja sebanyak 100,000 Baht (RM12,771). Tetamu juga telah dijemput dan hadir pada hari berkenaan.

Bk2
sumber: harian metro

Pun begitu, secara tiba-tiba pengantin lelaki, Boonyang yang sepatutnya hadir ke majlis tersebut pada jam 6 pagi telah meminta untuk hadir lewat kira-kira jam 9 pagi kerana masih dalam perjalanan ke destinasi. Menurut Coconuts Bangkok, perjalanan dari rumah lelaki tersebut ke rumah bakal isterinya hanya mengambil masa 45 minit sahaja.

Namun, selepas lama menunggu, Boonyang masih tidak muncul. Disebabkan itu, keluarga pengantin perempuan mengambil keputusan untuk meninggalkan majlis bagi mencari Boonyang yang telah mereka kenali selama 6 tahun itu di rumahnya.

Bk4
sumber: thairath

Lebih mengejutkan keluarga Arunee, sebaik tiba di rumah Boonyang, mereka mendapati ianya kosong tidak berpenghuni! Rupa-rupanya, lelaki itu dan keluarganya telah melarikan diri!

Arunee akhirnya mendapat tahu bahawa pasangannya itu telah melarikan diri kerana tidak dapat menyediakan wang hantaran sebanyak 200,000 Baht (RM25,561) dan barangan kemas walaupun hal tersebut telah mendapat persetujuan daripada kedua-dua belah pihak.

Dengan berat hati, keluarga Arunee terpaksa mengumumkan kepada para jemputan bahawa majlis perkahwinan pasangan itu terpaksa dibatalkan. Akibat daripada situasi ini, Arunee dilaporkan mengalami tekanan perasaan, hampir pengsan serta berhenti kerja kerana malu ditinggalkan pengantin lelaki di hari perkahwinannya. Alahai kesiannya.

Bk7
sumber: oddity central

Pun begitu, keluarganya dilaporkan telah memfailkan saman terhadap pihak pengantin lelaki sebagai pampasan kerana mereka telah pun membelanjakan 100,000 Baht (RM12,771) untuk perkahwinan tersebut dan masih berhutang dengan katerer sebanyak 22,000 Baht (RM2,809). Wuish banyaknya! 

Kenapalah sampai perlu lari? Hal ini sepatutnya dibincangkan baik-baik antara kedua belah pihak. Tak pasal-pasal ada pihak yang menanggung malu!

Baca: Lelaki Saman Ganti Rugi Bekas Tunang Kerana Batalkan Perkahwinan 21 Hari Sebelum Majlis

Bk1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.