in

Lelaki Saman Ganti Rugi Bekas Tunang Kerana Batalkan Perkahwinan 21 Hari Sebelum Majlis

Saman

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Biasalah perkahwinan zaman sekarang sememangnya memerlukan belanja yang banyak. Perancangan serta persiapan juga dilakukan berbulan-bulan awal sebelum tarikh pernikahan.

Bagaimanapun, majlis yang seharusnya menjadi hari bahagia buat satu pasangan ini musnah apabila bakal pengantin perempuan memutuskan hubungan.


Saman1
sumber: twitter

Impian lelaki bernama Ezrin berkecai selepas bekas tunangnya membatalkan perkahwinan 21 hari sebelum berlangsungnya pernikahan mereka.. Kisah itu telah menjadi tular di laman sosial tahun lalu di mana Ezrin telah memuat naik satu gambar berserta caption yang menerangkan keadaan tersebut.

Menurut Harian Metro, tunangnya cuba memutuskan hubungan yang dijalinkan selama tiga tahun sejak 18 November 2016 lagi, namun hubungan mereka putus secara rasmi pada 31 Disember 2016.

Saman2
sumber: twitter

Rakan-rakan dan keluarga rata-rata memberi sokongan dan kata-kata positif kepada Ezrin saat dia memuat naik status itu di Twitter. Namun, baru-baru ini dia telah memaklumkan melalui Twitter bahawa dia akan ke mahkamah untuk perbicaraan tuntutan ganti rugi yang difailkan kepada wanita tersebut.

Saman3
sumber: twitter

Ezrin dilaporkan telah membelanjakan RM30,00 untuk perkahwinan itu termasuklah kad jemputan, lokasi majlis, doorgifts, persalinan pengantin, katering dan tiket untuk berbulan madu. Banyak tuuuu!

Saman4
sumber: twitter

Dia bagaimanapun memberitahu bahawa tindakannya memuat naik semua status itu bukanlah untuk meminta simpati, malah dia sudah menerima takdir bahawa bekas tunangnya itu telah pun meninggalkannya.

“Aku nak bagitahu yang lelaki pun ada hak dan maruah.”

Kalau korang, korang saman ke tak?

Baca: Lelaki Hampir Bankrap Terpaksa Turuti Permintaan Tunang Mahukan Majlis Perkahwinan Mewah

Bankrap

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.