Pengambilan Pelajar Terlebih, 1000 Pelajar UUM Terpaksa Tidur Di Surau Dan Koridor

Tambah ke Sumber Pilihan
Pengambilan Pelajar Terlebih, 1000 Pelajar UUM Terpaksa Tidur Di Surau Dan Koridor

Sebagai seorang pelajar, kemudahan dorm ini sangat diperlukan lagi-lagi kalau pelajar tu berasal dari luar negeri. Namun, dengar cerita masih ada pelajar yang belum dapat dorm lagi. Betul ke?

Macam baru baru ini, pelajar dari Universiti Utara Malaysia (UUM) telah berkongsi nasib mereka apabila tidak mendapat kemudahan penempatan di dalam kampus. Kira-kira seramai 1000 pelajar masih belum mendapat penempatan, lapor sumber.


ADUN Bakar Arang, Simon Ooi Tze Min berkata beliau telah mendapat pelbagai aduan dari pelajar UUM yang masih belum mendapat penempatan di dalam kampus walaupun telah mendaftar sejak Ogos lalu.

Screenshot 2022 10 17 170153Sumber: focusmalaysia

Apabila pelajar bertanyakan tentang status penempatan mereka. Pihak universiti akan menjawab, “Kamu (pelajar) kena bersabar sebab pendaftaran masih di dalam proses.”

Memandangkan kuliah yang akan bermula pada minggu ini, ramai pelajar yang sudah kembali ke kampus walaupun masih belum mempunyai penempatan. Mereka terpaksa menumpang tidur di bilik rakan ataupun tidur di surau dan koridor di dalam kampus.

“Perkara sebegini tidak sepatutnya berlaku pada IPT. Pihak UUM patut mengambil tindakan yang wajar untuk pelajar yang tidak mendapat penempatan. Membiarkan pelajar tidur di tempat yang terbuka dan tidak sepatutnya adalah bahaya dan tindakan ini tidak bertanggungjawab,”ujar Ooi.

Tambah beliau, kawasan sekeliling agak terpencil dan tiada rumah sewa untuk pelajar yang membuatkan mereka tiada pilihan lain selain mendapatkan penempatan di dalam kampus.

Screenshot 2022 10 17 170547Sumber: Facebook | UUM

Perkara ini berlaku kerana pengambilan pelajar yang berlebihan tanpa perancangan dan persediaan awal. Hal ini juga telah menjadi hal yang biasa berlaku di universiti awam.

Jika penempatan pelajar tidak mencukupi, pihak universiti sepatutnya mengadakan kelas secara atas talian untuk mengelakkan perkara ini dari berlaku.

Ooi menggesa agar pihak UUM mengambil tindakan segera untuk menjaga kebajikan pelajar mereka dan kerajaan harus mengambil inisiatif membina lebih banyak penempatan untuk mewujudkan suasana yang lebih kondusif dan selesa untuk pelajar.

Baca : Hangat Isu Rumah Sewa, UiTM Tubuh Jawatankuasa Bantu Pelajar Cari Penempatan

Ft Uitm Tubuh Jawatankuasa Nr 768X404 1

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Farhan Sahak
Lagi tulisan Farhan
Seorang yang suka cuba aktiviti baru dalam kehidupan, tapi yang pasti dia tak pernah cuba awek member

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Main pickleball di Tingkat 118? Pengalaman sekali seumur hidup bersama Geng Labur ASB!
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Pengambilan Pelajar Terlebih, 1000 Pelajar UUM Terpaksa Tidur Di Surau Dan Koridor
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/pengambilan-pelajar-terlebih-1000-pelajar-uum-terpaksa-tidur-di-surau-dan-koridor/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM