in

Hangat Isu Rumah Sewa, UiTM Tubuh Jawatankuasa Bantu Pelajar Cari Penempatan

Ft Uitm Tubuh Jawatankuasa Nr

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak kebelakangan ini, di media sosial hangat memperkatakan isu kesukaran pelajar untuk menemui rumah sewa kerana tidak dapat penempatan di kolej kediaman dari sebuah institut pendidikan itu, terutamanya di kawasan yang berdekatan dengan kampus.


Oleh sebab itu, Universiti Teknologi Mara (UiTM) hari ini mengumumkan bahawa pihaknya telah menubuhkan sebuah Jawatankuasa Krisis Kolej Kediaman dan Rumah Sewa serta-merta untuk membantu mahasiswa yang menghadapi masalah tersebut.

Dalam satu kenyataan, pihak UiTM telah mewujudkan satu portal rumah sewa NR (Non-Resident) bagi membantu memudahkan urusan mahasiswa mendapatkan rumah sewa.

“Selain untuk mencari rumah sewa, platform ini juga boleh digunakan untuk tujuan pengiklanan rumah sewa oleh tuan rumah. Dalam konteks ini, pengurusan NR UiTM turut membuat tinjauan secara berkala yang berkaitan dengan isu keselamatan, kontrak perjanjian sewa rumah dan kebajikan mahasiswa NR.”

Pada masa yang sama UITM juga menyediakan 107,000 tempat di kolej-kolej kediaman, dengan penawaran 34,000 tempat kepada pelajar-pelajar baharu Diploma dan Ijazah Sarjana Muda. 52,000 tempat kepada pelajar yang layak secara merit mengikut polisi penempatan UiTM dan 21,000 tempat kepada pelajar yang sedang merayu kolej kediaman.

Permohonan rayuan kolej boleh dibuat secara online melalui sistem e-Rayuan Kolej yang dibuka mulai 31 September 2022 hingga 23 September 2022 dan keputusan permohonan e-Rayuan kolej akan dikeluarkan mulai 28 September 2022.

Katanya lagi tawaran kolej kediaman untuk pelajar yang sedang membuat rayuan adalah tertakluk kepada beberapa kriteria seperti pelajar semester akhir dan keluarga yang berpendapatan bawah RM2,000, pelajar Sabah dan Sarawak dari keluarga yang berpendapatan di bawah RM 2,000 dan pelajar semester akhir dari keluarga B40.

Baca : UiTM Keluar Kenyataan Rasmi, Bakal Ambil Tindakan Tegas Atas Isu Pensyarah Hina Pelajar

Collage 73

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.