in

Penduduk Yang Ingkar Social Distancing Di Indonesia Dihukum Kebumikan Mayat Covid-19!

Feat 4 E1614477952718

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Di Malaysia alhamdulillah, menyaksikan kes Covid-19 yang semakin mendatar dan menurun.



Malah 11 hari tiada kematian dicatatkan di negara ini.

Namun berbeza di Indonesia khususnya di wilayah Jawa Timur yang menyaksikan lonjakan kes Covid-19, sekaligus meletakkan wilayah tersebut sebagai kawasan kedua terburuk Covid-19 di Indonesia, lapor Sinar.

Justeru itu, penduduk di Jawa Timur tersebut yang ingkar atas arahan pematuhan Social Distancing bakal berdepan hukuman mengebumikan mayat pesakit Covid-19 atau membersihkan tempat awam.

726655

Alternatif lain untuk sekatan sosial bagi individu yang melanggar penjarakan sosial berulang kali adalah menjadi sebahagian daripada pasukan yang mengebumikan mayat pesakit Covid-19.

“Penjual dan pelanggan yang tidak memakai topeng muka di pasar pula akan diminta pulang,”- Ketua Daerah Tuban, Fathul Huda

Dilaporkan Sidoarjo yang merupakan salah satu daerah yang mencatatkan jangkitan tertinggi virus itu juga turut mengenakan peraturan yang sama.

 

Baca : MELAMPAU! Mayat Pesakit Covid-19 Bertimbun; Dalam Trak Tanpa Tag Nama!

Featured Image 5

Sumber: Sinar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.