in

MELAMPAU! Mayat Pesakit Covid-19 ‘Bertimbun’ Dalam Trak Tanpa Tag Nama!

Featured Image 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sudah semestinya, pandemik COVID-19 ini telah banyak meragut nyawa manusia. Hari ini sahaja bilangan angka kematian seluruh dunia sudah mencapai kira-kira 382,368 kes, rujuk Worldometer.


Mayat

Baru-baru ini berlaku satu insiden yang melampau, kakitangan pengebumian di Flatbush, Brooklyn menemui timbunan mayat diletakkan di dalam sebuah trak di luar rumah pengebumian New York!

Menerusi Dailystar, Beberapa keping gambar mayat bertimbun telah diambil oleh kakitangan itu.

Kata kakitangan itu, terdapat 400 mayat dan mereka perlu ambil masa selama tiga hari untuk menguruskan kesemuanya ketika itu.

400 mayat itu dicampur sekali dengan mayat di dalam trak itu ye…

Mayat1

Katanya lagi, mayat yang dibiarkan bertimbun antara satu sama lain itu tiada tag nama.

Apa yang lebih dahsyat! Kakitangan disitu tidak diberi peralatan pelindungan diri yang lengkap ketika menguruskan mayat.

Difahamkan, kakitangan yang melaporkan hal ini telahpun berhenti dari kerja kerana bimbang akan dijangkiti virus ini.

Mayat2

Menurut pakar penyelidik COVID-19, virus ini boleh stay berjam-jam pada tubuh si mati, lebih mengerikan ianya boleh duduk selama berhari-hari. Sebab tu ada SOP yang lengkap…

Untuk rekod, Brooklyn di New York mencatatkan rekod kematian tertinggi akibat wabak itu di Amerika Syarikat. 

Mayat4 1

 

 

 

Baca: “Virus tahan selama 49 hari!” – Saintis China Temui Virus Covid-19 Jenis Baru, Pesakit Dijangkiti Lebih Lama Dari Biasa

Annotation 2020 06 03 104903

 

 

Sumber: Worldometer
Sumber: Dailystar
Sumber: Dailystar
Sumber: Worldometer

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.