in

“Nazi zaman moden” – 10 Krisis Xinjiang, China Yang ‘Tak Masuk Akal’. No 6 Paling Tak Boleh ‘Brain’

Collage 51

Macam yang korang tahu, posting Mesut Ozil di media sosial tentang situasi politik yang berlaku di Xinjiang telah menimbulkan kemarahan pihak berkuasa di sana. Ekoran itu, mereka telah keluarkan kenyataan mengatakan penindasan ini adalah “berita palsu”.

Pun begitu, organisasi Amnesty International telah mendokumentasikan situasi yang berlaku di Xinjiang sejak beberapa tahun lalu. Mereka juga telah menemubual lebih 400 orang di luar China yang saudara-saudara mereka di Xinjiang masih tak dapat dikesan dan beberapa individu yang mengatakan mereka pernah diseksa di kem tahanan di sana.

Ini apa yang dapat dikumpulkan tentang krisis di Xinjiang:

10 Perkara Tentang Krisis Xinjiang, China

1. Kem tahanan

109790222 Panorama How To Brainwash A Million People 251119 Pp 1
Sumber: bbc. Com

Dianggarkan lebih satu juta orang Islam seperti Uyghur dan Kazakh telah ditahan di kem pengasingan di Xinjiang.

Kerajaan China telah berulang kali menafikan kewujudan kem-kem ini dan menggambarkan mereka sebagai sukarelawan pusat “transformasi melalui pendidikan”.

2. Diseksa

Screenshot 2019 12 20 At 8.18.32 Pm
Sumber: youtube

Kairat Samarkan adalah antara yang orang yang telah dihantar ke kem tahanan pada Oktober 2017, selepas dia pulang ke Xinjiang dari Kazakhstan. Dia mengatakan, kepalanya telah ditutup serta tangan dan kakinya dirantai dan dipaksa berdiri dalam posisi sama selama 12 jam semasa dia mula ditahan. Mereka juga dipaksa menyanyi lagu politik dan menyeru “Hidup Xi Jinping” (presiden China) sebelum makan kalau tak nak terima hukuman. Macam “Hail Hitler”!

3. Dipaksa buat perubahan

Vox Gettyimages 992171896.0
Sumber: vox. Com

Pihak berkuasa akan menentukan sama ada tahanan telah berubah atau tak. Sesiapa yang tak tunjukkan apa-apa perubahan akan mendapat hukuman seperti makian, berlapar, dikurung dalam bilik sempit dan dipukul. Ada juga beberapa laporan tentang kematian dalam kem ini termasuk bunuh diri kerana tak tahan diseksa.

4. Sorok ‘perkara sebenar’

5Dc013272F364A2829275572
Sumber: business insider malaysia

Pihak berkuasa China juga ada keluarkan statement menjemput Mesut Ozil untuk datang ke Xinjiang dan tengok keadaan sebenar. Ini adalah perangkap: kerajaan di sana telah menyusun propagada bagi pelawat untuk sorok hakikat sebenar sementara menghalang pihak pakar bangsa Bersatu melawat daerah tersebut.

Mereka juga telah mengganggu wartawan-wartawan asing dan mengarahkan pihak berkuasa tempatan untuk merahsiakan program tahanan mereka.

5. Perbahasan anti-keganasan China

X1080
Sumber: dailymotion

Kerajaan China telah mengambil langkah ekstrem untuk menghalang “ekstremis” kegamaan dan apa yang mereka panggil sebagai “aktiviti pengganas”. Pendirian mereka terhadap etnik minoriti Xinjiang telah diketatkan selepas beberapa insiden ganas yang berlaku di Urumqi pada tahun 2009 dan serangan pisau di stesen keretapi Kunming pada tahun 2014.

Pun begitu, tindakan mereka untuk menahan beratus ribu orang ekoran dari insiden-insiden tersebut tetap tak masuk akal. Malah, pakar negara bersatu juga mengatakan, tindakan ekstrem kerajaan China ini hanya akan menambahkan risiko keselamatan di sana.

6. Ditangkap kerana bela jambang

813182754
Sumber: vox

Penganiayaan terhadap umat Islam di Xinjiang menjadi lebih teruk sejak peraturan yang dikuatkuasakan pada tahun 2017. Kerajaan telah melabel seseorang itu sebagai “ekstremis” hanya kerana mereka tak tonton saluran TV perdana atau mempunyai jambang yang “abnormal”.

Memakai selendang atau tudung, sembahyang lima waktu atau tak minum alkohol juga dikira sebagai “ekstremis” di bawah peraturan baru ini dan mereka boleh ditangkap. Seriouslahhh

7. Tak ada privasi langsung

Umat Islam Uighur Dianaiayai Kerajaan China 2
Sumber: iluminasi

Semua orang di Xinjiang berisiko untuk ditahan. Daerah ini telah dilengkapkan dengan kamera pengawasan kenal-wajah yang disokong dengan penggunaan komputer berteknologi tinggi (AI) dan pengumpulan DNA secara besar-besaran.

Mereka perlu menjalani pemeriksaan sekuriti hampir di setiap pelusuk daerah tersebut sebagai sebahagian daripada kehidupan mereka dan pihak berkuasa akan check telefon bimbit mereka dari masa ke semasa.

Mesej yang dihantar melalui aplikasi seperti WeChat pun dipantau oleh kerajaan. Syrlas Kalimkhan mengatakan, dia pernah install WhatsApp dalam telefon ayahnya dan cuba hantar mesej, “Hi, Dad.”  Tak lama kemudian, polis tanya ayahnya kenapa ada WhatsApp dekat phone sebelum bapa Syrlas dihantar ke kem untuk mendapat “pendidikan”.

8. Tak berani nak bersuara

Uighur Web Sm
Sumber: chinafile

Kebanyakan keluarga tak tahu nasib orang-orang yang ditahan. Siapa yang berani bersuara pula berisiko untuk ditahan.

Jadi, untuk elak dari menimbulkan curiga, etnik minoriti di Xinjiang telah memutuskan persaudaraan dengan keluarga dan rakan yang tinggal di luar China. Mereka juga telah memberi amaran kepada keluarga untuk tak telefon orang di Xinjiang dan padam semua contacts dalam telefon.

9. Dipaksa setia dengan Parti Komunis Cina

180514162221 Xinjiang Xi Jinping Poster Large 169
Sumber: iluminasi

Sesiapa yang disyaki tak setia pada negara mahu pun Parti Komunis Cina, nasib mereka akan berakhir menjadi buruh membuat kerja-kerja berat di kem tahanan. Kerana ini, umat Islam di Xinjiang sentiasa hidup dalam ketakutan.

10. Pertahankan pendirian

71576288537 Ozil
Sumber: astro awani

Walaupun Arsenal telah dikritik kerana tak mengeluarkan apa-apa kenyataan untuk back-up Ozil, syarikat tak ada tanggungjawab untuk mengecam pelanggaran hak asasi manusia. Mereka hanya perlu pastikan mereka tak menyebabkan, terlibat atau mengambil untung dari penderaan yang berlaku.

Bagaimana pun, cubaan China untuk mengawal  berita kekejaman mereka dari pengetahuan negara luar perlu ditentang dan keputusan Ozil untuk mengecam kerajaan China ini patut dicontoh kerana ia telah menyebabkan ramai orang sedar dengan penindasan yang berlaku di Xinjiang.

Arsenal ada hak untuk berdiam diri, tapi hak Ozil untuk bersuara perlu dipelihara. Begitu juga dengan hak orang ramai untuk bersuara bagi menentang apa pun jenis keganasan yang berlaku dalam dunia.

 

Baca: “Zalim kalah Firaun!” – China Dituduh Bunuh Muslim Uighur Di Kem Tahanan & Ambil Organ Untuk Dijual

Screenshot 2019 12 20 At 8.23.25 Pm