in

Pendatang Asing Tanpa Lesen Maki Hamun Selepas Langgar Kereta Orang Lain

Bg 19

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lagi beberapa hari saja lagi nak raya dan semestinya kita semua faham waktu ini adalah waktu paling sibuk sebenarnya. Sibuk dengan persiapan baju, juadah, hiasan rumah dan yang paling penting persiapan kenderaan untuk balik kampung.

Tetapi malang sungguh nasib gadis ini kerana tinggal beberapa hari saja nak raya, keretanya dilanggar oleh seorang pendatang asing yang sangat biadap!


19366460 10154819093908940 1396085013048027305 N
sumber : facebook

Menurut status Facebooknya, Mie Carey ketika itu sedang memandu di depan IOI Putrajaya malam semalam apabila sebuah kereta Proton Gen 2 menghampiri keretanya dan cuba untuk memotong dari belah kiri.

Namun, cubaan pendatang asing itu gagal dan menyebabkan kenderaannya tercalar di bahagian kiri akibat seretan kedua-dua kenderaan itu.

Overtake belah kiri tak lepas. Seret habis kereta belah kiri. Dah nak raya buat hal pulak. Berlagak belajar UPM. Dia ingat saya ni takda degree ke? Lesen memandu takda. Road tax takda. Salahkan saya yang langgar dia?”

19366281 10154819093808940 3575336590339841392 N E1498108213247
sumber : facebook

Walaupun kenderaan mereka telah berlanggar, pendatang asing itu langsung tidak peduli dan meneruskan saja perjalanan tanpa menghiraukan kereta yang baru saja dilanggarnya itu.

Mie dengan rasa tidak puas hati terus mengejar pendatang asing itu sehingga ke Cyberjaya dan menghubungi pihak polis untuk membantunya menyelesaikan kes tersebut.

19260435 10154819094018940 5926963821991553567 N 1
sumber : facebook

Sudahlah mahu lari, wanita berkenaan malah turut maki hamun dan menyalahkannya. Menguji kesabaran betul!

Are you kidding me? You scum. So you think you’re so great? B****!”

Melalui rakaman itu, mereka berdua dilihat bertikam lidah sehingga penghujung video berdurasi lebih 1 minit tersebut. Pendatang asing itu kemudian menuju ke arahnya dan menjatuhkan telefon bimbit ketika sedang merakam.

1 27
sumber : facebook

Setelah membuat siasatan, barulah diketahui bahawa pendatang asing itu tidak mempunyai lesen mahupun cukai jalan. Lepas tu  ada hati nak salahkan orang!

Dalam statusnya juga, Mie bertanya pada orang ramai bagaimana untuk membaiki kenderaannya kerana dia tidak dapat tuntut insuran oleh kerana pendatang asing itu tidak mempunyai cukai jalan yang sah. Bantu dia guys.

Semoga gadis itu sabar menghadapi dugaan!

Baca : Pendatang Asing Gila Seks Masukkan Bola Besi Dalam Kemaluan Untuk Kepuasan Semasa Merogol

4 8 E1498109010872

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.