Pendatang Asing Gila Seks Masukkan Bola Besi Dalam Kemaluan Untuk Kepuasan Semasa Merogol

Gambar di bahagian kiri di atas adalah untuk tujuan ilustrasi.

Akhirnya dapat tangkap juga geng perogol bersiri ini!

Semalam pihak polis berjaya menahan kumpulan ‘Geng Ball Bearing’ di Plaza Tol Shapadu, Klang oleh kerana jenayah yang mereka lakukan baru-baru ini.

Sumber : The Malay Mail Online

Ahli kumpulan itu terdiri daripada tiga pendatang asing dari Indonesia.

Baru sahaja minggu lepas mereka telah merompak dan merogol seorang wanita sementara suamin mangsa sedang tidur di ruang tamu.

Kejadian itu berlaku kira-kira jam 4 pagi semasa mangsa sedang tidur di dalam biliknya manakala suaminya pula tidur di ruang tamu. Salah seorang daripada tiga suspek itu telah merogol mangsa sementara dua lagi menunggu di luar bilik untuk memantau.

Sumber : Berita Harian

Kejadian itu bukanlah kali pertama berlaku di kawasan berkenaan kerana beberapa aduan samun, rogol dan cabul telah dilaporkan berlaku sejak Mei lepas.

Seorang lagi mangsa geng tersebut hanya dicabul di bahagian dada dan dipaksa untuk memegang kemaluan suspek. Mereka tidak berkesempatan untuk merogol mangsa oleh kerana ibunya merayu-rayu supaya mereka tidak ganggu anaknya.

Gambar hiasan

Geng ini mendapat gelaran geng ‘ball bearing’ kerana mereka gemar memasukkan bebola besi (alat mainan seks) dalam kemaluan untuk mendapat kepuasan seks ketika merogol mangsanya.

Kebiasaannya, mereka akan mula menyamun, merogol dan mencabul antara jam 3 hingga 5 pagi. Setelah geng itu berjaya ditahan, suspek mengakui telah memasukkan tiga bola besi semasa berada di dalam penjara di Perak selama dua bulan atas kesalahan khalwat.

Gambar hiasan

Kesemua suspek geng itu telah ditahan sehingga 20 Jun dan akan disiasat bawah Seksyen 395, Seksyen 397 dan Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Berjaga-jagalah para wanita di luar sana, zaman sekarang bahaya itu ada di mana-mana saja termasuk rumah sendiri.

Baca : Wanita Dirogol Perompak Dalam Bilik Ketika Suami Sedang Nyenyak Tidur

Ditulis oleh Syahirah Izzati

Seorang gadis yang mampu makan dan tonton video kucing secara berterusan di luar norma manusia biasa. Kurang songeh dan berkebolehan membuat anda tersenyum sinis.