Semalam, Bella dan Aliff bersama ibu masing-masing telah menghadirkan diri ke mahkamah untuk perbicaraan, namun Aliff memutuskan untuk tidak menceraikan isterinya dengan alasan masih sayang.
Bagaimanapun, kemelut rumah tangga mereka turut mendapat teguran daripada seorang pendakwah iaitu Ustaz Ahmad Dusuki.
Teguran rumah tangga
Menerusi hantaran Ustaz Ahmad Dusuki di Facebook, pendakwah itu berkata bulan Ramadan adalah bulan keampunan bukan untuk pasangan suami isteri melalui proses perceraian. Ustaz Dusuki juga menasihati buat para suami untuk menjadi ketua keluarga yang baik dan membawa rumah tangga ke jalan yang diredai Allah.
Khabarkan kepada semua mukmin dan mukminah, Ramadan bukan bulan perceraian dan melakukan dosa, Ramadan Allah jadikan bulan keampunan dan maghfirahnya yang terlalu luas..
Khabarkan lagi kepada para suami, bawalah rumahtangga kalian ke Syurga Allah, bukan menghancur dan memusnahkan rumahtangga dengan kemaksiatan yang menghilangkan keberkatan.
Artikel berkaitan: “Ini baru betul seorang ibu”- Netizen Puji Cara Ibu Bella Astillah Jawab Soalan Wartawan
Artikel berkaitan: “Kalau sayang kenapa buka aib” – Bella Astillah Tak Sangka Aliff Enggan Lafaz Cerai, Akui Penat
Selain itu, penceramah bebas berkenaan turut memberi nasihat secara baik untuk para isteri supaya menutup aib rumah tangga daripada diketahui oleh orang lain.
Khabarkan kepada setiap Isteri mukminah, tutuplah aib rumahtangga kalian dari terbuka dan didedah di kalangan masyarakat awam, Allah membuka jalan perdamaian dengan kedua dua bertaubat dan kembali kepada Allah. Cintailah Allah, rumahtangga kita selamat!
Ustaz bagi nasihat untuk Aliff & Bella?
Walaupun teguran itu secara umum namun, netizen berspekulasi ianya dituju khas kepada Bella dan Aliff dan mereka tidak bersetuju jika teguran itu adalah untuk pasangan selebriti tersebut. Namun, ada juga warga maya yang mengambil pendekatan positif tentang teguran itu.
Selain itu, ada warganet yang meminta nasihat rumah tangga daripada pendakwah tersebut.
Moga isu Bella dan Aliff ni dapat selesaikan dengan baik..
Sumber: Facebook