Kemelut rumah tangga Bella Astillah dan Aliff Aziz masih lagi hangat diperkatakan oleh netizen. Lebih-lebih lagi, semalam Aliff mengatakan yang dia enggan menceraikan Bella kerana masih sayangkan isteri dan keluarganya.
Macam yang korang semua tahu, ketika prosiding semalam, Aliff telah hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan bersama ibunya. Tapi, ramai tak perasan yang ibu Bella, Siti Zarina turut menemani anaknya ini.
Satu video yang dimuatnaik oleh Media Hiburan di TikTok telah mendapat perhatian netizen. Video tersebut menunjukkan Zarina telah diasak oleh wartawan untuk menjawab perihal yang berlaku ke atas rumah tangga Bella.
Artikel berkaitan: “Masih sayang” – Aliff Aziz Tidak Setuju Cerai Bella Astillah?
Artikel berkaitan: “Kalau sayang kenapa buka aib” – Bella Astillah Tak Sangka Aliff Enggan Lafaz Cerai, Akui Penat
Ketika ditanya apa perasaannya sebagai seorang ibu apabila melihat perjuangan anaknya dalam menguruskan kemelut rumah tangga, Zarina menjawab yang dia akan sentiasa berada di belakang Bella.
Mak hanya di belakang dia je. Hanya dia dan mak je yang tahu apa yang mak buat untuk dia.”
Pada masa yang sama, Zarina turut menegaskan yang dia enggan memberikan komen lanjut tentang dakwaan anak bongsunya, Erica Astillah yang dikatakan pernah menjalinkan hubungan dengan Aliff Aziz.
Mak tak tahu. Takpe nanti kita settlekan antara family. Mak tak nak ada apa-apa kat laman sosial.”
@mediahiburanofficial #MHnews Ibu kepada pelakon, Bella Astillah iaitu Siti Zarina Astillah akan tetap menyatakan sokongan buat anaknya meskipun prosiding kedua penceraian diantara Bella dan Aliff Aziz bakal berlanjutan ke proses Jawatankuasa Pendamai (JKP). Pada masa sama, Zarina juga enggan mengulas lanjut mengenai dakwaan anak bongsunya, Erica Astillah yang dikatakan pernah menjadi orang ketiga dalam kemulut rumah tangga di antara Aliff dan Bella. #MHnews #MediaHiburan #FYP
Rata-rata netizen yang melihat video ini telah memuji cara percakapan ibu Bella Astillah yang dilihat sangat tenang dan hanya memikirkan tentang kebahagiaan anak-anaknya.
Selain itu, mereka turut membandingkan Zarina dengan ibu Aliff Aziz, Siti Hafizah Basharahil yang lebih vokal mengenai isu yang melanda anak lelaki dan menantunya itu.
Macam yang korang tahu, Bella memfailkan penceraian terhadap suaminya itu selepas Aliff ditangkap khalwat bersama seorang pelakon, Ruhainies. Tak lama selepas itu, beberapa gambar dan tangkap layar tular di media sosial menunjukkan Bella dikatakan turut mempunyai hubungan sulit dengan seorang pelakon, Muaz Zabir.
Ekoran itu, Bella membuat satu sidang media dengan membuat pengakuan bahawa dia menjalinkan hubungan dengan Muaz pada tahun lalu hanya semata-mata untuk mendapat perhatian dari suaminya. Tak cukup dengan itu, Bella juga turut mendedahkan bahawa Aliff pernah berlaku curang dengan adiknya sendiri yang dikenali sebagai Eriqa Astillah.
Harap mak Bella diberikan kekuatan untuk terus menjaga keluarganya…
Sumber: TikTok