in

Penangan Selalu Pakai ‘Contact Lens’ Waktu Mengandung, Anak Lahir Dapat Mata Macam Mat Salleh

Page Lens

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setiap ibu mengandung, mesti akan ada sesuatu hobi atau tabiat yang belum pernah dibuat oleh diri mereka sendiri seperti sebelum waktu hamil. Belum tambah lagi dengan gelagat ibu mengandung ketika mereka mengidam sesuatu yang lain daripada yang lain.


Bukan itu sahaja, kadang-kadang boleh terjadi tabiat atau hobi mereka itu mempengaruhi keadaan anak mereka sebaik sahaja dilahirkan. Macam-macam cerita yang pernah diceritakan oleh ibu-ibu yang telah mempunyai anak tentang pengalaman mereka.

Ada ibu yang baru mendapat cahaya mata sulung berkongsi satu video di akaun TikToknya @eikaatikaa, dan anaknya mempunyai mata macam mat salleh! Lebih mencuri perhatian, ibu bapa bayi itu sendiri tidaklah mempunyai mata yang berwarna. Wah, agak-agak sebab apa yaa?

@eikaatikaa

?

♬ original sound – Honest Messi Fan

Ternyata anak comelnya itu mempunyai mata yang berwarna disebabkan oleh tabiat ibunya yang gemar memakai contact lens ketika mengandung. Wanita yang mesra dikenali sebagai Eika itu memberitahu dia boleh dikatakan hari-hari memakai contact lens.

Disebabkan anak perempuannya mempunyai mata yang buntang dan juga berwarna coklat, ramai juga yang berkongsi pengalaman mereka ketika melahirkan anak mereka. Ada juga yang memberi komen yang positif dan memuji kecomelan anak Eika.

“Dulu masa pregnant suka pakai mascara.. bila anak keluar terus lentik bulu mata” – Netizen

Bukan itu sahaja, ramai juga yang ingin mencuba cara Eika ketika mereka mengandung kerana inginkan anak yang mempunyai mata seperti mat salleh. Tapi, ada juga yang bergurau untuk pakai contact lens yang berlainan supaya dapat anak yang mempunyai mata seperti salah satu watak dalam siri Naruto. Eh, korang macam-macam betul lah!

Anak Komen Full

Lain orang, lain kesannya. Yang penting, ibu mengandung haruslah pandai jaga diri dan keselamatan sepanjang tempoh hamil supaya anak dapat dilahirkan dengan mudah apabila telah tiba waktunya.

Baca: Terlalu Minat Dengan Hrithik Roshan Semasa Hamil, Wanita Lahirkan Anak Ada 6 Jari Sama Macam Aktor Tu

Jari

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.