in

Terlalu Minat Dengan Hrithik Roshan Semasa Hamil, Wanita Lahirkan Anak Ada 6 Jari Sama Macam Aktor Tu

Ibu Jari Lebih Macam Hrithik Roshan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sudah menjadi kebiasaan bagi wanita yang hamil untuk mengidam benda-benda yang luar daripada kebiasaan dan kadang-kadang menjadi minat akan sesuatu perkara tanpa sebab yang kukuh.


Seorang wanita di TikTok bernama @reeen._ baru-baru ini berkongsi minatnya pada pelakon Bollywood, Hrithik Roshan semasa sedang hamil.

20 Years Of Hrithik Roshan A Glimpse At 10 Achievements Of The Superstar In The Two Decades At The Box Office 1

 

Anak ada 6 jari? 

Disebabkan terlalu meminati aktor tersebut, dia mengakui menyimpan video dan gambar-gambar Hrithik di handphone dan sering menontonnya semasa mengandung.

Tapi apa yang mengejutkan ialah anaknya yang lahir telah mendapat ‘keistimewaan’ yang serupa dengan aktor tersebut iaitu mempunyai enam jari di salah satu tangannya!

@reeen._

My Hrithik Roshan junior ? anugerah Allah paling terindah ✨ #hrithikroshan #fyp #alhamdulillah

♬ bunyi asal – ?? Basri Maddau ?? – ?? Basri Maddau ??

Menerusi kapsyen di video tersebut, pengguna TikTok ini telah memanjatkan rasa syukur kepada Allah SWT atas anugerah ‘istimewa’ yang diberikan kepada anaknya yang kini digelar sebagai Hrithik Roshan junior.

Hrithik Roshan Junior

My Hrithik Roshan junior. Anugerah Allah paling terindah,” tulisnya.

 

“Kalau bukan akak ni, aku xtau Hrithik Roshan ada jari lebih” 

Menjengah ke ruang komen, ramai yang mendoakan yang baik-baik buat anak pengguna TikTok ini dan tak kurang juga yang terkejut tidak mengetahui aktor kacak tersebut rupa-rupanya ada 6 batang jari.

Sayang Baby

 

“Suami saya 10x ganda minat Hrithik Roshan” 

Pun begitu, wanita ini ada juga mendapat komen negatif yang berpendapat seorang isteri tidak sepatutnya meminati lelaki lain lebih daripada suami sendiri sehinggakan wajah anak pun hampir menyerupai wajah ‘crush’ mereka itu.

Namun menurut wanita ini, bukan dia seorang saja yang minat aktor Bollywood itu, suaminya sebenarnya 10 kali ganda lebih meminati pelakon itu daripadanya. Jadi perkara tersebut tidaklah menjadi isu.

Kuasa Allah

Apa-apapun bagi admin semua kejadian berlaku atas izin Allah SWT. Tak ada kena mengena dengan mengidam ataupun terlalu minat sesuatu. Anggap sajalah ia satu anugerah yang baik buat anaknya. 

Baca: “Dah ikut ‘cakap’ bapa” – Anak Ditahan Terlibat Dadah, Tular Video Lama Cara SRK Beri ‘Nasihat’ Pada Anak

Srk

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.