Orang cakap kalau ibu mengandung ni, sekali dia mengidam memang kena tunaikan.
Mengidam naik motor polis
Hantaran yang dikongsikan oleh @engkukhaleedaqmal di TikTok, memaparkan isterinya yang sarat mengandung mengidam mahu menaiki motosikal polis. Mengidam sejak dari minggu ke-13, dia akhirnya membawa isteri kesayangan pergi ke sebuah balai polis untuk menunaikan hasrat tersebut.
Artikel berkaitan: Menantu Kongsi Allahyarham Kamal Bakar Sangat Baik, Sanggup Carikan Durian Ketika Mengidam
Artikel berkaitan: Ibu Mengandung Mengidam Karipap Penjara, Sebak Bila Akhirnya Dapat Selepas 3 Hari
Dah nak bersalin, hubby baru boleh penuhi mengidam anje sejak dari 13 minggu pregnant, tiap kali tengok motor Unit Rondaan Bermotosikal (URB) mesti dia sedih tak dapat naik. Tapi, Alhamdulillah hari ni dapat penuhi keinginan anje.
Jelas pada wajah ibu mengandung itu, dia nampak sangat gembira dan terharu dapat menghampiri motosikal berkuasa tinggi itu secara dekat. Dia turut membuka siren lalu menaiki motosikal tersebut. Berkali-kali juga dia mengelap air mata kerana terharu hajatnya tertunai sebelum bersalin.
Terima kasih abang-abang polis yang sporting siap escort bawa ke balai. Semoga dipermudahkan urusan anje bersalin.
Bila isteri mengidam paling pelik pada saya. Pregnant sebelum ni tak pernah pun mengidam pelik-pelik.
@engkukhaleedaqmal Bile istri mengidam paling pelik pd sy..pregnant sblm ni xpernah pun ngidam pelik2..#pregnant35weeks🤰😍 #mengidampunyapasal #bahagiacarakita #teringinnaikmotoURB #urbpdrm #ejasfypskali #mylovewife #fyp
“Anak dalam perut bakal polis tu”
Meninjau ke ruangan komen, ramai netizen terharu melihat momen manis tersebut dan berterima kasih kepada pihak polis kerana menunaikan hasrat ibu mengandung itu.
Tak dinafikan, ada juga para ibu menceritakan kisah diri mereka pernah mengidam benda ‘pelik-pelik’ semasa mengandung.
Selain itu, ada netizen yang mendoakan anak dalam perut itu bakal menjadi polis suatu hari nanti.
Comel je ibu mengandung ni naik motor tu…
Sumber: TikTok