Anak sulung pempengaruh terkenal, Marissa Dania dan suaminya Aslam dilaporkan meninggal dunia ketika dilahirkan.
Menurut laporan Harian Metro, anak kepada pelakon Abby Abadi dan Norman Hakim itu telah dibawa ke hospital setelah mengadu sakit perut. Difahamkan, Marissa sedang hamil enam bulan.
“Pada hari kejadian Marissa dan suami (Aslam) pergi menghadiri sebuah acara pelancaran produk dan dibawa ke hospital selepas mengadu sakit perut.
“Bagaimanapun, bayi itu meninggal dunia ketika dilahirkan dalam keadaan pramatang,” kata sumber tersebut.
Tambahnya, perkara tersebut hanya diketahui oleh ahli keluarga terdekat Marissa sahaja.
Artikel berkaitan: “Kawan tidak, musuh juga tidak” – Umisya Mazlan Jawab Status Hubungan Dengan Marissa Dania
Artikel berkaitan: Muat Naik Gambar Bersama, Marissa & Umisya Sudah Berbaik?
Sebelum ini, pernah tular dakwaan bahawa Marissa sedang berbadan dua.
Walau bagaimanapun, dia telah menafikan khabar angin tersebut dan hanya meminta doa orang ramai agar segala dakwaan yang timbul dipermudahkan.
“Tiada apa yang boleh saya kongsikan. Apapun terima kasih kepada semua yang mendoakan yang baik-baik untuk saya.
“Itu saja yang boleh saya kongsikan sekarang ini,” katanya.
Spekulasi mengenai kehamilan Marissa timbul selepas netizen ternampak ‘baby bump’ ketika dia meraikan ulang tahun adiknya pada 16 Julai lalu.
Sebelum ini Marissa menjadi bualan ramai apabila didakwa bernikah di Thailand bersama Aslam yang juga berstatus suami orang pada 27 Disember tahun lalu.