in

Penangan Drama Melur Untuk Firdaus, Meerqeen & Anna Jobling Disambut Baik Oleh Peminat Indonesia Di ‘Airport’

Ukvf

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Rata-rata daripada kita mesti pernah dengar ataupun tonton sebuah drama yang hangat diperkatakan di media sosial sebelum ini iaitu Melur Untuk Firdaus.


Drama yang menampilkan pelakon utama iaitu Meerqeen dan Anna Jobling itu telah mencetus fenomena terbesar dimana ia mendapat perhatian yang cukup hangat daripada rakyat Malaysia dan negara-negara di Asia Tenggara seperti Indonesia dan Brunei.

Menurut Berita Harian, drama bersiri Melur Untuk Firdaus yang disiarkan TV3 melalui slot Lestary, merekodkan 11 juta penonton sehingga episod akhir pada 15 Julai lalu dan mendapat 2.7 billion tontonan di TikTok oleh beberapa negara di Asia Tenggara.

Screenshot 2022 08 15 At 12.00.57 Pm

Sudah tentu dengan fenomena yang tercetus ini, mesti ada beberapa peminat yang akan menanam hasrat untuk bertemu dengan kedua-dua pelakon utama tersebut.

Meerqeen dan Anna Jobling disambut baik bak artis ternama di lapangan terbang

Seperti baru-baru ini, sebuah video telah dikongsikan di laman Instagram rasmi Anna Jobling (@annajobling) dimana dia berkongsi situasi diserbu oleh peminat Indonesia di sebuah lapangan terbang di Jakarta.

“Anna dan Meerqeen udah nyampe di Jakarta, Anna senang disambut banyak fans di Bandara. Hari ini ultah saya, banyak hadiah dari fans alhamdulillah dan terima kasih.”

Dia bersama Meerqeen meluahkan rasa terharu di media sosial atas sokongan yang hebat dari peminat Indonesia dan usaha mereka menyambut kedatangan kedua-dua pelakon tersebut seperti memberikan hadiah dan mencetak kain rentang semasa di lapangan terbang.

Peminat Indonesia juga mengambil kesempatan dengan mengucapkan selamat hari lahir kepada Anna Jobling semasa kedatangan mereka berdua ke Indonesia atas urusan kerja dan jemputan ke salah sebuah stesen televisyen tempatan di sana.

Anna Jobling kongsi momen bertemu peminat di IG Story

Dilihat juga pelakon wanita tersebut mengambil kesempatan untuk berkongsi momen berjumpa dengan peminat Indonesia dengan memuatnaik beberapa video di IG Story.

Img 0251 1Img 0252Wah untung betul peminat Indonesia yang berpeluang bertemu dengan Meerqeen dan Anna Jobling! Min yang duduk Malaysia ni pun bilalah dapat jumpa mereka hmmm….

Baca: Sebaris Jisoo BLACKPINK, Anna Jobling Tersenarai Antara 100 Wajah Tercantik Dunia

Screenshot 2022 08 15 At 12.32.08 Pm

Sumber: Portal
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.