in

“Penampar untuk dilepaskan” – Seller Jual ‘Penampar Online’ Serendah RM0.36, Ramai beli & Puas Hati

Collage 15

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kadang-kadang bila kita geram atau tak puas hati dengan orang, kita memang rasa nak bagi penampar sedas. Tapi, disebabkan kita boleh kena saman kalau main tampar orang sesuka hati, kita tahan je lah kan?



Tapi kalau korang geram sangat dan tak tahu macam mana nak lepaskan perasaan, jangan risau! Dekat Shopee ada orang jual “Tamparan Online” tau. Betul ni!

Screenshot 2021 10 08 At 12.18.46 Pm

Perkhidmatan yang seller ni tawarkan adalah dengan menghantar gambar telapak tangan menunjukkan tamparan kepada orang yang korang nak beri penampar bersama mesej “istimewa”.

Yang penting service ni dia jual murah je, harga tamparan adalah dari RM0.37 ke RM0.47 bergantung kepada jenis tamparan yang dipilih.

  • Tangan biasa – Seller akan hantar gambar telapak tangan melalui WhatsApp dengan mesej istimewa dari pelanggan.
  • Tangan HD – Seller akan hantar gambar HD melalui dokumen dan akan kejutkan orang yang menerima bila dokumen dibuka.

Whatsapp Image 2021 10 07 At 2.39.44 Pm 768X789 1

Untuk pengetahuan korang, penjual ni dah berjaya menjual tamparannya kepada 210 pelanggan tau! Daripada jumlah ni, 114 pelanggan berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan.

Dekat bawah ni adalah antara tamparan yang dihantar:

Whatsapp Image 2021 10 07 At 2.36.24 Pm 1 Whatsapp Image 2021 10 07 At 2.36.24 Pm Whatsapp Image 2021 10 07 At 2.36.25 Pm 1 Whatsapp Image 2021 10 07 At 2.36.25 Pm

Pun begitu, link asal penjual ini telah pun dipadamkan oleh pihak Shopee dan kini dia berkhidmat di bawah link yang baru, so kalau korang nak order tamparan dari seller original, korang boleh klik sini.

Seronok juga kalau kenakan dekat family ni. Hehehehe

 

Baca: “Nak gelak pun serba salah” – Video Pemuda ‘Ditampar’Pokok Ketika Nyanyi Jadi Bahan Ketawa Netizen

Screenshot 2021 10 08 At 12.22.39 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.