Peminta Sedekah 70 Tahun Diculik, Rompak & Dicederakan Oleh Lelaki Menyamar Jadi Anaknya

Tambah ke Sumber Pilihan
Peminta Sedekah 70 Tahun Diculik, Rompak & Dicederakan Oleh Lelaki Menyamar Jadi Anaknya

Seorang peminta sedekah 70 tahun diculik dan dicederakan oleh lelaki dan wanita yang menyamar jadi anaknya sebelum memperdayanya nak bawa balik rumah.

Menerusi Oriental Daily, insiden itu terjadi di hadapan di hadapan kawasan business centre di Taman Ria Jaya, Sungai Petani, Kedah dimana tempat yang menjadi kebiasaan peminta sedekah itu duduk dan meminta sedekah.


Menyamar jadi anak

Pakcik4Sumber: WOB
Kejadian ini berlaku pada pagi 23 Mac lepas, suspek mendekati peminta sedekah dan mengatakan bahawa mereka adalah anaknya dan ingin bawa pulang ke rumah, alasan kononnya nak elak rasa malu meminta sedekah kat jalan.

Bagaimanapun, suspek menculik dan meragut RM 5,000 yang telah disimpan. Sekitar jam 6 petang, peminta sedekah itu ditemui di dalam semak samun berhampiran Kampung Raja. Dia dilihat mengalami kecederaan di kepala, mata dan kaki.

PakcikSumber: WOB

Pakcik2Sumber: WOB

Selepas menerima sebarang laporan, pihak pengawal keselamatan di kawasan penempatan berhampiran membuat laporan polis.

Peminta sedekah itu memberitahu bahawa dia telah diculik oleh 5 orang suspek. Dua daripadanya naik satu motor sementara yang lain menaiki Proton Wira. Dia mengatakan bahawa suspek meragut dan merompak kira-kira RM 5,000 yang dia dah simpan hasil daripada kerja kerasnya.

Pakcik3Sumber: WOB
Peminta sedekah itu kemudiannya dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim untuk mendapatkan rawatan.

Buat masa ini, masih belum pasti samada suspek telah ditahan atau belum. Harap pakcik ni baik-baik sahaja.

Baca : “Bukan org tempatan ni” – Peminta Sedekah ‘Paksa’ Orang Hulur Derma, Siap Cuba Buka Pintu Kereta

Peminta

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Izuan Jelani
Lagi tulisan Izuan
Mende?

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Peminta Sedekah 70 Tahun Diculik, Rompak & Dicederakan Oleh Lelaki Menyamar Jadi Anaknya
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/peminta-sedekah-70-tahun-diculik-rompak-dicederakan-oleh-lelaki-menyamar-jadi-anaknya/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM