in

“Nasib baik ramai tolong” – [VIDEO] Budak 7 Tahun Hampir Diculik Ketika Dalam Perjalanan Ke Sekolah

Budak Sekolah Hampir Diculik

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Zaman sekarang ni orang sanggup lakukan apa sahaja demi kepentingan diri sendiri termasuklah melibatkan diri dengan jenayah seperti pembunuhan, peras ugut dan penculikan. Bagi kes penculikan, si pelaku kebiasaannya akan target golongan wanita dan juga kanak-kanak.


Baru-baru ini, tular di Twitter menunjukkan video kes penculikan budak sekolah agama. Difahamkan suspek menaiki motor dan tengah nak isi minyak di Caltex. Budak tersebut jelas dilihat menjerit meminta tolong dari orang awam. Meremang min tengok video ni!

Menurut Utusan, tindakan pantas orang awam berjaya menyelamatkan seorang murid sekolah agama berusia 7 tahun daripada diculik oleh seorang lelaki dengan gerak mencurigakan dalam satu kejadian di Taman Kota Masai, Johor pagi semalam.

Ketua Polis Johor, Komisioner Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, pihaknya menerima panggilan memaklumkan kejadian tersebut kira-kira pukul 11.30 pagi. Menurut beliau, suspek berusia dalam lingkungan 20-an telah ditahan oleh orang awam ketika melarikan seorang murid berbangsa Melayu yang sedang dalam perjalanan ke Sekolah Agama Taman Scientex.

Selain itu, beliau turut menyatakan yang suspek adalah pemegang kad orang kurang upaya (OKU) dan juga pesakit mental telah ditahan oleh pihak polis.

“Siasatan awal mendapati suspek telah mempelawa mangsa untuk hantar balik ke rumah dengan menaiki motosikal” – Ketua Polis Johor

Datuk Kamarul Zaman Mamat memaklumkan bahawa sepasukan anggota Ronda Cegah Jenayah Balai Polis Taman Scientex telah pergi ke lokasi dan menahan suspek serta merampas sebuah motosikal jenis Honda Dash yang digunakan semasa kejadian.

Hasil ujian saringan air kencing pula mendapati suspek positif dadah jenis Methaphetamine dan dikehendaki di bawah kesalahan Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya 1952 serta kes disiasat di bawah Seksyen 363 Kanun Keseksaan.

Nasib baik ramai orang awam yang prihatin dan sama-sama tolong budak tu!

Baca: “2 Tahun Diculik Parents Sendiri, Polis Terkejut Jumpa Budak Masih Hidup Disembunyi Belakang Tangga”

Bawah 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.