in

“Padan muka” – [VIDEO] Netizen Puas Hati Tengok Perompak ‘Kena Lanyak’ Dengan Staf Kedai Makan

Ft Rompak

Tindakan perompak mengundang padah apabila cubaannya untuk meragut sebuah premis gagal setelah dia diserbu oleh kakitangan di kedai makan tersebut.

 

Cubaan rompak gagal

Dalam video yang berdurasi 1 minit 56 saat itu memperlihatkan ada seorang individu memakai helmet masuk ke kedai makan tersebut dan terus menuju ke kaunter, dilihat pekerja dan pelanggan lain melihat mereka berdua dengan terkejut.

Rompak2

Bagaimanapun salah seorang pekerja bertindak cepat dengan cuba bergerak ke satu tempat untuk ambil kerusi secara diam-diam sebelum melibas perompak tersebut. Sampai patah riuk kerusi tu.

Keadaan menjadi kecoh apabila pekerja di kaunter, perompak dan kakitangan lain bergelut sehinggakan meja kaunter bersepah.

Rompak3

3 kakitangan bersama seorang individu terjah dan pegang erat perompak tersebut untuk cuba membuka topi keledarnya.

Rompak4

Boleh tonton video penuh disini

Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam rakaman CCTV, kejadian ini berlaku pada pada 26 Disember 2021 lepas pada jam 8.49 malam.

Biarpun lokasi masih belum dikenalpasti, video perkongsian pengguna Facebook Kim Heong Lim yang telah meraih 2,800 shares dalam masa 20 jam ini telah membuatkan ramai netizen rasa puas hati bila menontonnya.

Rata-rata ‘padan muka kan’ perompak itu dan ada yang memberikan reaksi lucu kepada perompak yang dikatakan tak tengok kiri kanan sebelum buat kerja kotor.

 

Puas hati tengok, happy ending – Netizen

Rompak5 Rompak6 Rompak7

Aduhai, kalau buat kerja elok kan senang, ini memang sengaja mengundang.

 

Baca : “Tak pasal-pasal kena tangkap” – Lelaki Ini Simpan Wang Rompak di ATM Bank Yang Dirompak

F2 Pencuri Atm

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook