Peminat Teruja Untuk Jumpa Billie Eilish, Beratur Dari Malam Tadi Sebab Nak Dapat ‘Front Row’

Tambah ke Sumber Pilihan
Peminat Teruja Untuk Jumpa Billie Eilish, Beratur Dari Malam Tadi Sebab Nak Dapat ‘Front Row’

Sejak hari semalam lagi, hangat diperkatakan di media sosial mengenai selebriti terkenal antarabangsa yang dikatakan akan membuat konsert di Kuala Lumpur pada hari ini.

Siapa lagi kalau bukan Billie Eilish, penyanyi dari Amerika Syarikat yang telah mencetus fenomena dengan lagunya yang kena dengan jiwa pendengar pada era ini. Difahamkan juga, konsert tersebut akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada hari ini bertarikh 18 Ogos 2022 pada jam 8:30pm.


Dalam pada itu, tular beberapa perkongsian video di TikTok yang menggambarkan situasi peminat yang menunjukkan rasa teruja untuk menghadiri konsert sulungnya di Malaysia sekaligus melihat artis pujaan mereka betul-betul depan mata.

Peminat dah ‘berkhemah’ sejak tengah malam 

Beberapa video telah dikongsikan oleh pengguna TikTok yang memaparkan suasana pada malam sehari sebelum konsert berlangsung. Ada beberapa peminat yang sudah berkhemah sejak tengah malam tadi demi mendapatkan view yang menarik semasa konsert berlangsung nanti.

Ada juga yang siap membawa selimut, kipas portable, payung, makanan seperti maggi dan beberapa barang untuk diberi kepada artis pujaan mereka.

Video tersebut telah dikongsikan di laman TikTok Nadia (@constipatedvegetable) yang memaparkan suasana di stadium sejak pukul 4 pagi.

“Kami di barisan ke-10 masa sampai awal pagi.”

Min sangat impress dengan peminat Billie Eilish sebab sanggup beratur awal pagi demi konsert yang akan berlangsung pada malam ini. Lama tu nak tunggu! Min harap penonton hari ini sentiasa berjaga-jaga dan enjoy the concert!

Baca: Kecoh! Jumpa Billie Eilish Berjalan Di Plaza Sungei Wang, Netizen Syak Beli Cermin Mata Baru

Screenshot 2022 08 18 At 1.20.32 Pm

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Syafiq Sham
Lagi tulisan Syafiq
Syafiq, 21 tahun dan berdarah pahlawan negeri Melaka. Seorang yang sukakan Nasi Lemak tidak kira waktu. Pencinta lagu Indonesia juga hanya apabila dia sendu. Paling penting, dia tak suka terung.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Main pickleball di Tingkat 118? Pengalaman sekali seumur hidup bersama Geng Labur ASB!
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Peminat Teruja Untuk Jumpa Billie Eilish, Beratur Dari Malam Tadi Sebab Nak Dapat ‘Front Row’
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/peminat-teruja-untuk-jumpa-billie-eilish-beratur-dari-malam-tadi-sebab-nak-dapat-front-row/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM