Pemimpin Eropah Puji Keputusan Perancis Iktiraf Palestin Sebagai Negara Berdaulat

Tambah ke Sumber Pilihan
Perancis

Beberapa pemimpin Eropah menyambut baik pengumuman Presiden Perancis Emmanuel Macron bahawa negaranya akan secara rasmi mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara pada September ini, satu langkah yang dilihat penting dalam usaha mencapai penyelesaian damai di Asia Barat.

Screenshot 2025 07 26 At 11.48.30 Am

Macron dijangka memformalkan pengiktirafan itu semasa Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), menandakan perubahan besar dalam pendirian diplomatik Perancis terhadap konflik Israel-Palestin.


Pengumuman tersebut menerima sokongan kuat dari Ireland, Sepanyol, Scotland, Slovenia dan beberapa negara Eropah lain yang melihat pengiktirafan Palestin sebagai langkah utama ke arah penyelesaian dua negara serta kestabilan jangka panjang di rantau tersebut.

Langkah itu turut dilihat sebagai satu tekanan diplomatik terhadap Israel yang semakin dikritik susulan tindakan ketenteraannya di Gaza.

Penganalisis menjangkakan lebih banyak negara Kesatuan Eropah akan menyusul dalam usaha menyokong hak Palestin untuk menentukan nasib sendiri.

Artikel berkaitan: ⁠Sebagai Tanda Sokongan, Mexico Iktiraf Dan Terima Duta Palestin

Artikel berkaitan: Perancis Tekad Iktiraf Palestin Sebagai Negara Berdaulat

Screenshot 2025 07 26 At 11.48.57 Am

Usaha Perancis ini dilihat selari dengan desakan masyarakat antarabangsa agar konflik dihentikan dan penyelesaian damai dicapai melalui rundingan yang adil dan menyeluruh.

Sumber: Astro Awani

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Fahmy Rosli
Lagi tulisan Fahmy
Seorang Chef, pendengar muzik indie tanah air dan peminat tegar Kugiran Hujan. Optimis dan berwawasan. Motto hidup; “Mana ada perjuangan yang patah”.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Pemimpin Eropah Puji Keputusan Perancis Iktiraf Palestin Sebagai Negara Berdaulat
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/pemimpin-eropah-puji-keputusan-perancis-iktiraf-palestin-sebagai-negara-berdaulat/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM