in

“Pemergiannya masih terasa…” – Sukar Lupa Kematian Tragis Zulfarhan, Ibu Dengar Suara Arwah Setiap Malam

Ibu Sedih

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
"Pemergiannya masih terasa..." - Sukar Lupa Kematian Tragis Zulfarhan, Ibu Dengar Suara Arwah Setiap Malam
Loading
/

Perit dan sakitnya penantian hanya Allah yang tahu. Setelah sekian lama menunggu, akhirnya prosiding akhir pendakwaan kes kematian arwah Zulfarhan Osman Zulkarnain selesai di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini.


Menurut Berita Harian, 18 penuntut  Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang didapati bersalah diperintah untuk membela diri atas kes kematian Pegawai Kadet Laut itu, dua tahun lalu.

Arwah11 1
sumber: blog

Tindakan spontan bapa mangsa, Zulkarnain Idros menangis sambil sujud syukur di koridor berjaya dirakam lensa kamera dan kini viral di media sosial.

Ramai netizen berasa sebak selain turut gembira dengan keputusan yang dibacakan oleh Hakim Datuk Azman Abdullah pada hari ini. Bukan sahaja bapa malah ibu mangsa juga turut bersyukur dan berharap mereka yang bersalah akan dihukum dengan setimpal.

Bapa Zulfarhan
sumber: malay mail

Hawa Osman, ketika diminta mengulas berkata doanya dimakbulkan Allah dan akui sehingga kini masih belum dapat melupakan pemergian arwah dengan cara yang tragis itu.

Pemergian (Zulfarhan) masih terasa, setiap malam dengar suara. Saya tidak akan melupakan arwah.”

Ibu Zulfarhan
sumber: harian metro

Bayangkan betapa remuk hati seorang ibu yang melahirkan bayi sempurna tetapi terpaksa mengebumikan anaknya yang telah meninggal dunia akibat perbuatan kejam manusia lain.

Zulfarhan telah didera dan badannya ditekap dengan seterika yang diheret sepanjang kaki dan tubuhnya oleh 18 penuntut UPNM terbabit sehingga menyebabkan kematian. Seutas tali pinggang, hos getah dan sebuah penyangkut baju juga telah digunakan.

Kejadian itu berlaku dari 21 hingga 22 Mei 2017. Proses bedah siasat menunjukkan 80 peratus badan mangsa terbakar akibat perbuatan itu.

Al Fatihah buat Zulfarhan Osman Zulkarnain…

Baca: “Allah, anak aku…” – #Throwback Bapa Kongsi Detik Ketika Terima Panggilan, Diberitahu Zulfarhan Meninggal Dunia

Arwah Zulfarhan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.