in

Pembantu Rumah Indonesia Didera Dengan Kejam Oleh Majikan Setiap Hari

Amah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mungkin remaja seusianya sedang berseronok dan tidak sabar untuk menyambut Tahun Baru beberapa hari lagi, namun bagi Suyanti, seorang pembantu rumah berasal dari Medan, Indonesia berusia 19 tahun, setiap hari bagai mimpi ngeri buatnya apabila beliau menjadi mangsa dera oleh majikannya sendiri.

Pada Rabu yang lalu, Suyanti dijumpai tidak sedarkan diri di Jalan PJU 7/30, Mutiara Damansara. Beliau ditemui terbaring berhampiran longkang oleh seorang pengawal keselamatan yang melalui kawasan itu. Melalui keadaan fizikalnya, boleh diketahui bahawa beliau didera dengan teruk sekali kerana dipenuhi dengan kesan lebam yang sangat serius. Kesiannya…


M1
sumber: new straits times

Suyanti dikatakan baru sahaja bekerja untuk majikannya itu selama dua minggu tetapi dalam tempoh masa itu beliau telah mengalami penderaan fizikal dan lisan setiap hari. Disebabkan tidak tahan didera majikannya, Suyanti mengambil keputusan untuk melarikan diri.

Menurut Suyanti, majikannya menampar dan memukulnya setiap hari serta turut melemparkan kata-kata kesat menggelarnya binatang. Beliau juga tidak dibenarkan mandi dan hanya diberikan makanan satu kali sehari. Apahal kejam sangat!

Saya ditampar, ditumbuk dan digelar binatang setiap hari. Saya sangat risau akan keselamatan saya.” katanya

M2

Walaupun didera sebegitu rupa, Suyanti cuba bertahan dan berharap majikannya itu akan berubah namun akhirnya beliau sendiri tidak tahan dengan penderaan yang dihadapinya. Suyanti tidak melepaskan peluangnya untuk melepaskan diri dengan menggunakan tangga yang diletakkan berhampiran pagar rumah. Beliau kemudian terus melarikan diri sebelum rebah kerana keletihan dan ditemui pengawal keselamatan tersebut.

M4
sumber: free malaysia today

Gadis malang itu terus dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan lanjut dan kini dilaporkan stabil. Duta Besar Indonesia, Herman Prayitno dikatakan telah berhubung dengan Suyanti dan memberitahu bahawa gadis itu akan dijaga di Kedutaan Indonesia selepas beliau keluar dari hospital sementara kesnya disiasat.

Herman berkata, seharusnya majikan dan pekerja perlu bekerjasama mengikut kontrak yang ditandatangani dan memahami antara satu sama lain.

“Pelaku perlu dibawa ke muka pengadilan dan menerima akibat daripada tindakan beliau,” kata Herman.

M5
sumber: harian metro

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Superintendan Mohd Ali Thamby ketika dihubungi berkata suspek telah ditahan dan akan dibawa ke Mahkamah Petaling Jaya bagi proses permohonan reman.

Pekerja warga asing pun manusia biasa, seharusnya mereka dilayan sama seperti orang lain!

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.