in

Pembantu Rumah Dipaksa Minum Air Rendaman Seluar Dalam Berlumuran Darah Haid

Maid 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

AMARAN: Sesetengah daripada anda mungkin berpendapat bahawa topik ini menjijikkan, jadi pastikan anda tahu bahawa ia mungkin boleh menimbulkan rasa mual.


Kejadian ini dikatakan berlaku di sebuah negara di Timur Tengah di antara pembantu rumah dan majikannya. Pembantu rumah yang juga seorang wanita itu telah mencampurkan air dengan seluar dalamnya.

Apa yang membuatkan isu ini lebih sensasi adalah seluar dalam itu mempunyai kesan darah haid. Ewwww, dah kenapa dia buat macam tu!

M1
Sumber: facebook

Dia yang juga dikatakan seorang warga Indonesia dipercayai cuba mencampurkan air rendaman itu dengan makanan yang disediakan buat majikannya. Namun dia tertangkap dengan majikannya sendiri ketika sedang melakukan perbuatan itu. Tetapi, sama ada majikannya sudah memakan hidangan tersebut ia tidak dapat dipastikan.

Tindakan tersebut  telah menimbulkan kemarahan orang ramai, terutamanya (of course lah kan!) majikan. Lebih-lebih lagi apabila dia dipercayai melakukan itu kerana kepercayaan masyarakat Indonesia di mana majikan akan memberikan layanan yang baik selepas ‘ritual’ itu berjaya dilakukan.

[sociallocker id=1666]

Pihak polis dihubungi serta merta, tetapi sebelum mereka tiba, majikannya telah memberikan ‘pengajaran’ buat pembantu rumahnya ini. 

Majikan itu merakam video dan memaksa pembantu rumahnya mengambil sesudu air ‘minuman’ itu. 

M2
Sumber: facebook

Seluar dalam itu masih di dalam periuk, seperti uncang teh dan apabila ‘minuman’ itu dikacau dengan sudu jelas kelihatan bagaimana air rendaman itu bertukar warna.

Video kedua menunjukkan seorang lelaki berpakaian lengkap anggota polis membawa pembantu rumah itu pergi, mungkin untuk soal siasat dan tindakan lanjut.

Sumber: Facebook
Sumber: facebook

Post yang mendapat lebih 33ribu share itu juga mendapat pelbagai reaksi dan komen daripada pengguna Facebook. Beberapa komen (banyak jugak la) dilihat cuba mempertahankan pembantu rumah itu dan menghentam tindakan majikan tersebut,

[/sociallocker]

“Saya memang tidak bersetuju dengan perbuatan pembantu rumah itu, tetapi saya juga tidak menyokong tindakan yang diambil si majikan. Apa motif anda memaksa pembantu rumah meminum air darah itu jika anda sudahpun menghubungi pihak berkuasa untuk menangkapnya?? Tuhan itu adil, dia pasti akan menerima balasan di atas dosanya ini. Kenapa anda perlu paksa dia minum air kotor itu? Anda memang tidak berperikemanusiaan. Anda dan pembantu rumah itu memang tiada bezanya.”

“Apa yang mahu saya katakan cuma, percayalah dengan mereka, berikan layanan yang baik seperti seorang manusia, jangan layan mereka lebih teruk daripada anjing. Mereka hanya bekerja untuk anda…”

Ada juga komen yang memberi komen seperti tidak berpihak kepada pembantu rumah itu,

Sebenarnya, layanan majikan itu bergantung kepada anda juga. Jika anda baik, jujur, ramah dan sopan maka majikan akan lebih menyayangi anda. Buktinya, selama 3 tahun bekerja di Abu Dhabi saya tidak pernah menerima kata-kata kasar apatah lagi dilayan dengan tidak baik…”

Tidak pasti siapa di pihak yang benar, adakah majikan atau pembantu rumah. Tonton video di mana pembantu rumah itu dipaksa minum air kotor tersebut di bawah ini.

Amaran: Video ini sangat menggelikan dan mungkin akan membuatkan anda muntah.

Bekerjaa lah dengann ikhlass jangan melakukan tindakan bodoh sepertii ini kalau hanya pengen di sayang majikan #pembantu ngasih air rendaman EMMM ke makanan majikan ????????

Posted by Chen Li on Sunday, November 6, 2016

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.