Pemandu Vios Menangis Teresak-Esak Masa Beri Keterangan, Menyesal Langgar Rakan Sendiri Di Jambatan Pulau Pinang

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Admin boleh katakan sampai ke hari ini, satu Malaysia masih lagi terkejut dengan kemalangan menimpa kenderaan SUV Mazda CX5 yang terjunam jatuh dari Jambatan Pulau Pinang selepas dilanggar Toyota Vios pada Ahad lepas (20 Januari).

Pemandu SUV, Moey Yun Peng baru je berusia 20 tahun telah meninggal dunia akibat kejadian tu. Mayatnya pulak ditemui lepas 3 hari accident berlaku dan lebih menyedihkan, dia dijumpai terperangkap di seat kereta.

Sumber: Astro AWANI

 

Pemandu Vios serah diri, menangis teresak-esak kerana menyesal langgar rakan sendiri 

Pun begitu, sebaik saja kenderaan SUV itu ditemui, pemandu Vios berusia 21 tahun menyerah diri pada polis. Bagaimanapun dia dibebaskan dengan jaminan polis 16 jam kemudian pada hari Rabu lepas.

Sumber: PenangKini

Menurut NST, pemandu ni tetiba jadi sedih lepas dapat tahu Moey meninggal dunia semasa sedang dirawat atas kecederaan yang dialami. Moey dan pemandu kereta Vios ni dah kenal satu sama lain dalam tempoh setahun.

“Dia juga rakan kepada mendiang Moey Yun Peng, 20, dan sudah setahun mengenali antara satu sama lain.

“Sejurus dirawat dan mengetahui rakannya meninggal dunia, dia sugul dan sedih dengan berita itu,” kata sumber pihak berkuasa.

Sumber: WOB

 

Boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 10 tahun, denda RM20,000

Menurut pihak berkuasa, pemandu kereta Vios terbabit bakal berdepan dengan hukuman penjara 2 hingga 10 tahun dan denda antara RM5,000 hingga RM20,000.

Kes ini bakal disiasat ikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dengan cuai sehingga menyebabkan kemalangan maut. Suspek jugak telah diambil keterangan selama 17 jam dan dibebaskan pada 6.45 petang hari yang sama.

Sumber: PenangKini

Sehingga setakat ini, 15 individu yang merupakan saksi kejadian telah direkod keterangannya. Hasil bedah siasat juga mendapati mangsa meninggal dunia akibat lemas kerana tenggelam dalam laut selepas kemalangan.

Semoga keluarga mangsa tabah dengan hadapi dugaan ini. Takziah. 

Baca: [PENDEDAHAN] Jambatan Pulau Pinang ‘Minta’ Nyawa , Rupanya Sudah 5 Nahas Berlaku di Lokasi Sama Sejak 2010.

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Syaida Ismail

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!