Pemandu Uber Maut, Penumpang Koma Terlibat Kes Langgar Lari Tetapi Pesalah Masih Bebas

Jadikan sumber pilihan di Google
Pemandu Uber Maut, Penumpang Koma Terlibat Kes Langgar Lari Tetapi Pesalah Masih Bebas

Kegembiraan bakal dinikmati untuk menyambut hari jadi rakan bertukar menjadi suram apabila ditimpa kecelakaan sebelum sempat meraikannya.

Begitulah gambaran tentang apa yang menimpa Lee Li Yun seorang ibu tunggal berusia 33 tahun yang terlibat dalam kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan untuk menyambut hari jadi rakannya.


Difahamkan selepas pulang dari kerja, Li terus berangkat untuk menghadiri majlis hari jadi rakannya dan menggunakan perkhidmatan Uber

Namun, ketika di dalam perjalanan, kedua-dua Lee dan pemandu itu terlibat dalam kes langgar lari. Kejadian dilaporkan berlaku di Taman Pelangi Indah, Johor Bharu pada 12 Februari lalu pada jam 3 pagi.

Pemandu Uber itu pula disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah manakala Li koma sehingga kini. Lebih menyedihkan lagi, pemandu berbangsa Melayu itu sudah berkahwin dan baru dikurniakan cahaya mata, kini berusia 2 bulan. Kesiannya 🙁

Hit1
Sumber: Facebook

Menurut kakak sulung mangsa, Lee Wei Wei, keluarga mereka menerima panggilan daripada pihak hospital pada jam 9 pagi yang memaklumkan tentang kemalangan yang menimpa adiknya itu.

Tanpa disangka, adik saya terlibat dalam kes langgar lari oleh pemandu tidak berhati perut ketika dalam perjalanan ke destinasi. Kami dimaklumkan dia dimasukkan ke hospital akibat kecederaan parah.” katanya.

Hit2
Sumber: Facebook

Wei memberitahu bahawa laporan polis telah dibuat namun mereka perlu menunggu adiknya sedar dari koma bagi mendapatkan keterangan tentang kemalangan tersebut untuk menjalankan siasatan.

Tiada petunjuk kami perolehi untuk mengesahkan jika motorsikal terbabit dalam kemalangan ini ataupun pemandu yang langgar lari itu berbangsa Cina. Saya percaya penunggang motorsikal itu menyaksikan kemalangan tersebut dan berharap dia akan tampil untuk memceritakan hal yang sebenar.” kata Wei.

Menurut pihak polis, motorsikal terlibat di dalam kemalangan itu memandangkan satu helmet dijumpai di tempat kejadian.

Hit3
Sumber: Facebook

Risau dengan keadaan adiknya yang masih koma sejak seminggu lalu, Wei meminta sesiapa yang menjadi saksi untuk tampil bagi membantu siasatan. Anda boleh hubungi nombor ini jika ingin membantu siasatan.

 Li Wei Wei – 018 2496762

Li Hong Feng (bapa) – 011 10614542

Apa rasa korang?

Ikut topik ni

Psycho-thriller movie? OH YASSS!

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Pemandu Uber Maut, Penumpang Koma Terlibat Kes Langgar Lari Tetapi Pesalah Masih Bebas
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/pemandu-uber-maut-penumpang-koma-terlibat-kes-langgar-lari-tetapi-pesalah-masih-bebas/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. featured
  2. malaysia
  3. viral
  4. netizen