in

Pemandu Bas Rapid Ditumbuk Sebab Tak Buka Pintu Bas

Bas

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
Pemandu Bas Rapid Ditumbuk Sebab Tak Buka Pintu Bas
Loading
/

Dalam tahun ni banyak betul kes yang melibatkan bas Rapid.


Gempar semalam satu kejadian, pemandu bas Rapid Penang cedera di muka akibat dipukul oleh seorang lelaki. Eh dah kenapa pula ni?

Sumber: Twitter

Berang pemandu bas tak buka pintu

Rupa-rupanya suspek tu dipercayai berang hanya disebabkan pemandu bas Rapid tu tak buka pintu bas untuk lelaki tu. Pemandu bas tu tidak membuka pintu bas berkenan kerana bas yang dia sedang bawa tu sedang berhenti di lampu isyarat merah. Aduh..memang pemandu bas tak boleh ambil penumpang dekat lampu isyarat.

Ludah dan tumbuk pemandu bas

Menurut berita Awani, lelaki tadi berjaya juga buka pintu bas dari luar dan terus meluru ke arah pemandu bas dan meludah serta menumbuk pemandu bas Rapid berkenaan.

Tindakan pantas pemandu bas tu dengan cara mengunci pintu bas menyebabkan lelaki tadi tak dapat keluar dan memandu kenderaan itu ke stesyen bas di Pengkalan Weld. Kejadian ni berlaku dekat Lebuh Macallum, Pulau Pinang dan lelaki yang menyerang pemandu bas tu sudah pun ditangkap oleh pihak polis.

Menurut pihak polis, lelaki berumur 46 tahun tu akan disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah dan Sekysen 323 akta sama kerana menyebabkan kecederaan.

Rata-rata netizen pun turut memberi komen dan merasakan memang pemandu bas tidak boleh mengambil penumpang ketika di lampu isyarat atau tempat yang tiada perhentian bas kerana itu dah jadi satu kesalahan.

Capture 20181216 122603
Sumber: Twitter

Capture 20181216 122927 1
Sumber: Twitter

Capture 20181216 123101
Sumber: Twitter

So korang ingat ye, kalau nak naik bas, tunggu dipondok bas dan bukan ditengah jalan raya, bahaya!

Baca: Betul Ke RapidKL Berdolak Dalih Isu Pampasan Mangsa Rempuhan Bas Tempoh Hari?

Mangsa Rapidkl Featured 758X400 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.