fbpx
in

Pemain Remaja Wanita Pertama Negara Cipta Rekod Bermain Dengan Bayern Munich

4Bayern

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kelab bolasepak yang bertapak di Jerman, FC Bayern Munich sudah tidak asing dengan peminat-peminat sukan itu. Kelab dari benua Eropah yang baru merangkul gelaran juara benua itu sering menjadi pujaan para pemain profesional untuk menyarung jersey keramatnya.


Pemain sayap bawah 15 tahun skuad negara, Celine Chuang telah mencipta sejarah apabila menjadi pemain bola sepak wanita pertama beraksi dengan kelab berkenaan. Menurut laporan Astro Awani yang memetik kenyataan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengesahkan berita itu.

Screenshot 2020 12 12 At 3.16.01 Pm
Latar belakang Celine
Celine beraksi untuk skuad kedua bawah 17 tahun wanita FC Bayern Munich sejak Julai lalu. Beliau memulakan latihan secara serius dalam sukan bola sepak ketika berusia 11 tahun dengan Persatuan Sukan Bintang Biru (PSBB) di Pulau Pinang.
Menggunakan teknik yang dipelajari ketika latihan, Celine terus jatuh hati dengan bola sepak. Celine membuat keputusan berhijrah ke negara jiran bagi menjalani latihan bersama Sekolah Antarabangsa British Phuket (BISP) Cruzeiro di Phuket, Thailand selama dua tahun.
Ketika mengikuti latihan di Malaysia, saya banyak mempelajari tentang asas bola sepak. Namun, di Thailand pula, latihannya lebih sengit dan mendalam kerana saya berlatih sepanjang minggu di bawah metodologi Cruzeiro.”
Screenshot 2020 12 12 At 3.17.34 Pm
Celine kini berhijrah ke Munich, Jerman bersama keluarganya turut berkongsi minat sukannya itu bersama abangnya di sana. Bercita-cita untuk menjadi pemain bola sepak profesional di Liga Jerman (Bundesliga) dan Piala Dunia, Celine mengambil keputusan berani untuk menghadiri sesi pemilihan bersama kelab itu pada Februari lalu.
Pengalaman beraksi dan berlatih bersama FC Wacker Munchen e.V selama empat bulan banyak mengajarnya untuk memperbaiki teknik selain mendidiknya untuk jadi lebih berkeyakinan.
Screenshot 2020 12 12 At 3.16.36 Pm
Nama beliau mula mendapat tempat dalam kalangan penyokong bola sepak Jerman selepas berjaya menjaringkan satu gol untuk pasukan lelaki bawah 15 tahun FC Wacker Munchen e.V dan satu lagi gol bersama pasukan kedua bawah 17 tahun FC Bayern Munich
Celine sebelum ini telah mengutip gol antarabangsanya yang pertama bersama skuad bawah 15 tahun wanita Harimau Malaya pada aksi Kejohanan Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) Wanita bawah 15 tahun 2019 selepas menewaskan skuad negara menewaskan Kemboja 2-1 di Chonburi, Thailand.
Celine sebelum ini telah mengutip gol antarabangsanya yang pertama bersama skuad bawah 15 tahun wanita Harimau Malaya pada aksi Kejohanan Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) Wanita bawah 15 tahun 2019 selepas menewaskan skuad negara menewaskan Kemboja 2-1 di Chonburi, Thailand.
Screenshot 2020 12 12 At 3.34.53 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Back to Top