fbpx

in

“Hebat Luqman!” – Luqman Hakim Cipta Sejarah Jadi Pemain Malaysia Pertama Beraksi Dalam Liga Utama Eropah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Luqman Hakim adalah satu nama yang sedang meningkat naik dalam arena bola sepak tempatan dan mula menempa nama di persada bola sepak Eropah. Luqman Hakim kini adalah seorang pemain bagi sebuah kelab di Belgium, KV Kortrijk.


Semalam merupakan debut pertama beliau bersama kelab tersebut. Ikuti tweet @pemain_ke_12 untuk tengok gambar Luqman di sideline sebelum dibawa masuk beraksi.

 

Bangga jadi anak Malaysia

Pemain berusia 18 tahun itu dimasukkan sebagai pemain gantian ketika KV Kortrijk tewas 1-3 kepada Anderlecht kendalian bekas kapten Manchester City, Vincent Kompany, dalam saingan Belgium Pro League awal pagi tadi.
Menurut laporan Astro Awani, Luqman Hakim dibawa masuk pada minit ke-74 bagi menggantikan Petar Golubovic dan beliau menjadi pencetus kelabnya memperoleh sepakan penalti yang disempurnakan Ilombe Mboyo pada minit ke-86.
Admin harap next game nanti lawan kelab-kelab lain dalam liga tu, dapatlah tengok Luqman main lama sikit. Bukan senang orang kita nak ada peluang main kat negara luar ni kan. Apa-apa pun kekalkan prestasi yang terbaik ye Luqman. Malaysia Boleh!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Back to Top
error: Content is protected !!